DUNIA KATA - BUAL KATA

Kata : bual bincang
Makna : (1 - untuk kata nama) randau; pertukaran pendapat tentang persoalan-persoalan (keluaran-keluaran; isu-isu) tertentu; perbualan untuk berbincang sesuatu perkara; perbualan; perbincangan; percakapan dwicakap; percakapan; perbicaraan; bicara; bincang; bual; kata tutur; kata tuturan; perundingan; runding; pertukaran pendapat dan soal jawab mengenai sesuatu; dialog. (Terjemahan dan padanan kata dalam bahasa Inggerisnya ialah ~ dialog; dialogue; duologue). (2 - untuk kata kerja) ''berbual bincang'' ~ bertukar-tukar pendapat dan bersoal jawab mengenai sesuatu; bercakap; berbual; berbual-bual; bercakap; berdialog; mengadakan dialog. (Terjemahan dan padanan kata dalam bahasa Inggerisnya ialah ~ dialogue; dialog; duologue; dialoguing; etc)
Contoh Penggunaan : (1) Sandiwara (drama) ialah karya atau karangan dalam bentuk bual bincang atau randau. (2) Tan Sri Dato' Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin dan menteri pelajaran Malaysia akan mengadakan bual bincang (dialog) mengenai kepentingan bahasa Melayu kepada masyarakat nusantara. (3) Manisa berbual bincang (berdialog) dengan baik dalam lakonannya itu. (4) Alih bahasaan (terjemahan) bual bincang (dialog) daripada gambar hidup (film) asing itu terdapat pada bahagian bawah tabir itu.
Asal : bual (bercakap; cakap; bicara; perbualan; dialog; dll) + bincang (bercakap-cakap; bertukar-tukar pendapat; berunding; membahas; bahas; memperkatakan; membicarakan; dialog; dll) = bual bincang (kata nama pemajmukan)
Sumber Rujukan : Gagasan Pencinta dan pejuang bahasa Melayu; Gagasan Mahasiswa dan Mahaguru; Cadangan kata dan makna sendiri; Kamus DBP dan KBBI (rujukan kata seerti, dll), Kamus Inggeris
Gambar :
Sumbangan : mohamad yusoff
Tarikh : 28-09-2016 06:34:44

PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0  Komen



DUNIA KATA - KATA HARI INI
"ikan tempilai"

sj ikan kecil utk diperlagakan; Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.