DUNIA KATA - BUAL KATA

Kata : swacitra
Makna : 1. gambar sendiri; swagambar; gambar diri sendiri seseorang yg diambil dgn penangkap gambar (kamera); swacitera; swarca; swaarca; swareca; swarupa; sejenis gambar diri yang diambil sendiri dengan menggunakan penangkap gambar (kamera) jarian (digital) atau durasuara (telepon) berpenangkap gambar (berkamera); 2. "berswacitra" ~ mengambil gambar diri sendiri (dgn alat penangkap gambar atau kamera); berswagambar; 3. "menswacitra ~ memgambil gambar diri sendiri (dgn alat penangkap gambar atau kamera); menswagambar 4. "menswacitrakan" ~ 1) menjadikan sesuatu itu berbentuk swacitra atau swagambar; 2) mempengaruhi seseorang untuk berswacitra atau menswacitra; menggalakkan seseorang utk berswacitra; menjadikan seseorang minat utk berswacitra; membuatkan seseorang terpengaruh utk berswacitra atau menswacitra; menswagambarkan. 5. "menswacitrai" ~ mempengaruhi seseorang untuk berswacitra atau menswacitra; menggalakkan seseorang utk berswacitra; menjadikan seseorang minat utk berswacitra; membuatkan seseorang terpengaruh utk berswacitra atau menswacitra; menswagambarkan. 6. "penswacitraan" ~ pengambilan, penangkapan atau pemukulan gambar diri seseorang yg diambil oleh dirinya sendiri; penswagambaran. 7. "penswacitra" ~ orang yg berswacitra atau swagambar; orang yg suka mengambil gambar dirinya sendiri; orang gila (suka) berswacitra; kaki swacitra; 8. "siswacitra" ~ orang yg berswacitra atau berswagambar; orang yg suka mengambil gambar dirinya sendiri (Terjemahan dan padanan kata "swacitra" dalam bahasa Inggeris ialah: "selfie"; "self-potrait"; "selca" (in Korea); "self camera" (in Korea); "a picture or photo taken of a person by that person"; etc.), (Padanan tulisan Jawi ialah "سواچيترا".)
Contoh Penggunaan : 1) Swacitra itu nampak dan kelihatan cantik kerana sudah disunting oleh Kurmanisya. 2) Agia Arissa sangat suka berswacitra setiap hari kerana sudah menjadi kegemarannya (hobinya). 3) Wan Manisa sangat suka menswacitra di tempat-tempat yg indah. 4) Siti Nur Emilia sengaja berswacitra di hadapan kawan-kawannya supaya dgn perbuatannya itu akan menswacitrakan kawan-kawannya. 5) Amelina memang suka menswacitrai kawan baiknya itu kerana itulah mereka berdua asyik berswacitra saja. 6) Anid Arsyad mengabadikan dirinya dengan penswacitraan. 7) Rasya dianggap sebagai seorang penswacitra kerana sikapnya yg suka berswacitra sepanjang hari. 8) Siswacitra-siswacitra itu dianggap kurang percaya dgn kecantikan dirinya sendiri atau boleh juga dianggap sebagai seseorang yg suka menunjuk-nunjuk kecantikannya atau berbagai-bagai bidasan yg dilontarkan kepada mereka tapi tetap saja mereka berswacitra kerana itu tidak menjadi kesalahan malah hal itu sudah dianggap sebagai ikutan atau arah aliran semasa.
Asal : swa (diri; sendiri; kendiri; mandiri; dikari; auto; dll) + citra (citera; gambar; imej; foto; arca; reca; lukisan; rajah; dll) = swacitra (kata nama pemajmukan dan pengimbuhan dgn kata awalan)
Sumber Rujukan : Gagasan dan Ilham Pejuang dan Pencinta bahasa Melayu; Gagasan Mahasiswa dan Mahaguru; Cadangan kata dan makna sendiri; Kamus bahasa Asing (utk pencarian ilham), Kamus DBP dan KBBI (rujukan kata seerti, dll), Kamus Inggeris (pemadanan kata, kata seerti, dl
Gambar :
Sumbangan : mohamad yusoff
Tarikh : 05-12-2016 05:20:12

PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
2  Komen
mohamad yusoff: Waalaikumussalam Tuan/ Encik Putera Edir, saya sekadar berkongsi maklumat dan pandangan. Sebenarnya perbezaan antara "swafoto" dan "swacitra" adalah dari segi asal dan penggunaan istilahnya, bukan dari segi maksud kerana seperti mana yg kita sedia maklum, kata "foto" itu berasal drpd bahasa asing yg bukan serumpun dan istilah "foto" itu sedikit sebanyak merosakkan bunyi jati dan keaslian bahasa ibunda kita yakni bahasa Melayu. Jika kita lihat, dari segi ertinya pula, istilah-istilah itu tidaklah berbeza kerana istilah "swafoto" dan "swacitra" mempunyai maksud yg sama iaitu "selfie" dlm bahasa Inggerisnya. Atas rasa cinta saya kpd bahasa kebangsaan kita, saya rasa bertanggungjawab utk mempertahankan istilah-istilah asli dan jati dlm bahasa ibunda Melayu yg kini semakin dilupai oleh bangsa kita sendiri. Terima kasih kerana sudi membaca dan menghayati tulisan saya. Assalamualaikum dan tabik!
08-12-2016 15:01:50
putera edir: assalamualaikum tuan mohamad yusoff.. terima kasih di atas perkongsian yang penuh manfaat ini. Dan saya telah baca pencerahan tuan tentang perbezaan kata swafoto dan swacitra. Kini baru saya faham. Terima kasih
08-12-2016 10:57:27



DUNIA KATA - KATA HARI INI
"penangkap ikan"

nelayan; Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.