DUNIA KATA - BUAL KATA

Kata : bagan bulat
Makna : carta pai; peta lingkaran; rajah bulan; perwakilan bagani (grafik) yang memaparkan pembahagian butir (data) dalam bentuk bulat yang dipotong kepada beberapa bahagian; gambar rajah yang memaparkan bahagian atau pecahan bahan keterangan (data), maklumat, dan lain-lain dalam bentuk bulatan yang dibahagi-bahagikan; gambar rajah yang menunjukkan pembahagian atau pecahan bahan (data) atau maklumat dalam bentuk bulatan; bagan bulat (carta pai) adalah satu cara perwakilan bahan keterangan (data) dengan menggunakan bulatan dan bulatan itu dibahagi kepada bidang-bidang (sektor-sektor) yang mempunyai luas yang berbeza mengikut jumlah (kuantiti) yang diwakili serta butir (data) dalam bagan bulat (carta pai) boleh ditunjukkan dalam pecahan, peratusan, atau ukuran (saiz) sudut bidang (sektor); dll. (Padanan kata "bagan bulat" dlm bahasa Inggeris ialah "pie chart"; "pie graph"; "A pie graph (or pie chart) is a specialized graph used in statistics. The independent variable is plotted around a circle in either a clockwise direction or a counterclockwise direction"; etc.) (Padanan tulisan Jawinya ialah "باݢن بولت")
Contoh Penggunaan : (1) Bagan bulat (carta Pai) dapat dibina dengan melukis bulatan, tentukan ukuran (saiz) sudut bidang (sektor), bahagikan bulatan mengikut besar (saiz) sudut bidang (sektor) dan akhir sekali, tandakan atau cap (labelkan) bidang (sektor) bulatan.
Asal : bagan (gambarencana; gambar kasar; peta; rajah; skema; diagram; carta; gambarajah; dll) + bulat (lingkaran; pai; bulan; sejenis kuih; dll) = bagan bulat (kata nama majmuk)
Sumber Rujukan : Gagasan dan Ilham Pejuang serta Pencinta Bahasa Melayu, Gagasan Mahasiswa dan Mahaguru, Cadangan dan ilham kata dan makna sendiri, Kamus DBP dan KBBI (rujukan kata seerti, tulisan jawi, dll), Kamus Inggeris
Gambar :
Sumbangan : mohamad yusoff
Tarikh : 22-01-2017 06:24:10

PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0  Komen



DUNIA KATA - KATA HARI INI
"menghendap"

merendahkan diri (membong­kok dsb) atau menyembunyikan diri (me­nyorok) supaya tidak kelihatan (dgn maksud hendak mengintai, menangkap, dsb): mereka berjalan ~ melalui pinggir hutan itu; ~ di balik lalang sehelai prb menyem­bunyikan (merahsiakan) sesuatu, tetapi tidak ada gunanya kerana mudah diketahui orang; Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.