DUNIA KATA - BUAL KATA

Kata : angkuterawat
Makna : rumah sakit bergerak; rumah sakit berjalan; angkutera sakit; kereta sakit; kereta bantuan; kereta pertolongan; kereta ambulans; ambulansa; ambulans; gerabak sakit; gerabak rawat; kenderaan sakit; kenderaan yang digunakan untuk membawa orang sakit atau org cedera dari atau ke rumah sakit. [Terjemahan dan padanan "angkuterawat" dlm bahasa Inggeris ialah: ambulance; a vehicle specially equipped for taking sick or injured people to and from the hospital, especially in emergencies, etc.] (Padanan tulisan Jawi ialah: "اڠکوتراوت")
Contoh Penggunaan : 1) Angkuterawat ialah sejenis kenderaan yang dilengkapi dgn peralatan perubatan untuk membawa atau mengangkut pesakit atau mangsa kemalangan. Secara luaran, kenderaan ini dilengkapi dengan semboyan (siren) dan suluh putar kecemasan (lampu rotator darurat) dan biasanya berwarna merah atau merah biru supaya dpt memberi amaran dan juga dpt menembus kesesakan lalu lintas. Kenderaan ini merupakan salah satu keutamaan (keperdanaan) di jalan raya selain pemadam kebakaran (bomba) yang memiliki hak untuk melanggar peraturan lalu lintas seperti melanggar lampu merah, melawan arah, dan melalui lajur bahu jalan, dan sudah dijelaskan dalam Undang-Undang lalu lintas bahawa kenderaan seperti angkuterawat dan kenderaan kecemasan yang lainnya harus diberi keselesaan dan diberi laluan (lintasan) di jalan raya guna (utk) menyelamatkan jiwa (nyawa). Di negara-negara maju ada angkuterawat berbentuk engkabang (helikopter) dan angkuterawat berbentuk pesawat umum. Tulisan "AMBULANCE" yang terbalik di depan angkuterawat ini tujuanya supaya pemandu kenderaan lain di depan anguterawat boleh membaca tulisan "Ambulance" dan dpt memberi laluan di jalan raya.
Asal : angkut (ambil dan bawa; angkat dan bawa; bawa) + -tera (akhiran yg bermaksud jentera, pesawat, sawat, jen-, alat, perkakas, enjin, motor, mesin, dll) + rawat (senggara, selenggara, pelihara, jaga, dll)
Sumber Rujukan : Gagasan dan Ilham Pejuang serta Pencinta Bahasa Melayu, Gagasan Mahasiswa dan Mahaguru, Kamus DBP dan KBBI (rujukan kata seerti, dll), Kamus Inggeris, Cadangan kata dan Ilham sendiri
Gambar :
Sumbangan : mohamad yusoff
Tarikh : 24-04-2017 08:36:17

PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0  Komen



DUNIA KATA - KATA HARI INI
"menghendap"

merendahkan diri (membong­kok dsb) atau menyembunyikan diri (me­nyorok) supaya tidak kelihatan (dgn maksud hendak mengintai, menangkap, dsb): mereka berjalan ~ melalui pinggir hutan itu; ~ di balik lalang sehelai prb menyem­bunyikan (merahsiakan) sesuatu, tetapi tidak ada gunanya kerana mudah diketahui orang; Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.