Kata : ampun
Makna : kebebasan drpd hukuman (kerana dosa atau kesalahan yg telah dilakukan), maaf: meminta ~ atas segala kesalahan; mengampuni memberi ampun (kpd sese­orang), memaafi (seseorang): baginda mem­punyai kuasa utk ~ orang salah; mengampunkan memberikan ampun (akan sesuatu), memaafkan (kesalahan dsb sese­orang): mudah-mudahan Tuhan jua akan ~ dosa hamba-Nya; terampun telah atau dapat diampuni atau diampunkan: dia menangis kerana dosanya dgn emak dan ayah belum lagi ~; jika orang yg berkenaan bersetuju memaafkannya, insya-Allah dosa umpatan itu ~; ampunan 1. = keampunan ampun maaf: menunggu-nunggu ~ drpd orang tuanya; 2. = pengampunan; pengampunan pembebasan drpd hukuman dan tuntutan: ~ kpd pengganas-pengganas yang telah insaf dan menyerah diri; pengampun yg suka mengampuni: Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha P~.
Sumber : Kamus Dewan Edisi Keempat
PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


CADANGAN MAKNA
Makna :
Contoh Penggunaan : *
Asal kata :
Sumber Rujukan : *
       
* Medan wajib diisi
1  Cadangan
mohamad yusoff: Makna: 1. (kata seru untuk menarik perhatian sama fungsinya atau gunanya dengan "hai") hai!, hei! weh! wih! tabik! 2. (kata utk menyapa seseorang semasa awal pertemuan atau memulai per­bualan telefon dan sama fungsinya atau gunanya dengan "helo" atau "halo") helo!, halo! 3.(kata untuk minta diri atau kata seru untuk mengucapkan "selamat tinggal" atau "selamat jalan") selamat tinggal!, selamat jalan!, salam perpisahan!, minta diri!, Jumpa lagi! tabik! 4. (kata seru untuk meminta atau memohon maaf atau ampunan atau mohon kelepasan atau mohon supaya dilepaskan atau untuk menghormati atau memuliakan seseorang) Maafkan saya!, saya mohon maaf!, saya minta maaf! Saya betul-betul minta maaf! tolong maafkan saya! tolong lepaskan saya! lepaskan saya!,
Contoh Penggunaan: 1. Ampun, apa khabar? ~ Hai, apa khabar? (bahasa Inggerisnya ~ Hi, how are you?). 2. Ampun, siapa di sana? ~ Helo, siapa di sana? (bahasa Inggerisnya ~ Hello,who's there?). 3. Ampun, jumpa lagi! ~ Selamat tinggal, jumpa lagi! (bahasa Inggerisnya ~ Goodbye, see you!). 4. Ampun encik, encik ini siapa, ya? ~ maafkan saya encik, encik ini siapa, ya? (bahasa Inggerisnya ~ Excuse me sir,Who are you, sir?. ,
Asal Kata: "ampun" atau "ampon",
Sumber Rujukan: Kamus, Kamus Dewan, Kamus bahasa Melayu, Kamus bahasa Indonesia, Kamus Melayu atas talian, Kamus atas talian, Gagasan Mahasiswa, Gagasan Mahaguru.
03-01-2016 01:22:20




DUNIA KATA - KATA HARI INI
"menghendap"

merendahkan diri (membong­kok dsb) atau menyembunyikan diri (me­nyorok) supaya tidak kelihatan (dgn maksud hendak mengintai, menangkap, dsb): mereka berjalan ~ melalui pinggir hutan itu; ~ di balik lalang sehelai prb menyem­bunyikan (merahsiakan) sesuatu, tetapi tidak ada gunanya kerana mudah diketahui orang; Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.