Kata : bantu
Makna : ; guru ~ Id guru penolong; kata kerja ~ Id kata kerja (spt sudah, telah, pernah, masih, sedang, belum, akan, dsb) yg digunakan sbg penolong kata kerja lain;berbantu mempunyai (mendapat) bantuan: ia hidup bersendirian dan tiada ~;berbantu-bantuan saling membantu antara satu sama lain: jika perkara itu tidak berkehendak ~, maka wajiblah dikerjakannya sendiri;berbantukan menggunakan sesuatu atau seseorang bagi membantu melaksanakan sesuatu (tugas, kerja dsb): pemelajaran membaca yg ~ multimedia sangat menarik dan dapat menggalakkan kanak-kanak membaca;membantu memberi pertolongan, menolong, menyokong: keluarga itu sangat baik hati dan ~ saya dgn modal;membantui menolongi: sebarang kerja yg boleh dan patut dibantuinya;memperbantukan, membantukan menjadikan penolong: tentera itu diperbantukan oleh negara-negara sahabat utk mempertahankan Malaysia;bantuan sesuatu yg diberikan atau dilakukan utk membantu, pertolongan, sokongan: beberapa negara di Asia ini mendapat ~ ekonomi drpd Amerika Syarikat; ~ guaman bantuan kewangan yg diberikan oleh kerajaan atau sesebuah organisasi kpd orang yg tidak mampu membiayai kos khidmat peguam;pembantuan, perbantuan perihal (usaha, kegiatan, dsb) membantu: kekayaan yg diperoleh bukanlah kerana kecerdikannya tetapi lantaran perbantuan isterinya;pembantu orang (alat dll) yg membantu, penolong: anaknya seorang sahajalah yg merupakan ~nya;~ perubatan orang yg bertauliah (biasanya lelaki) yg membantu doktor di hospital, klinik, dsb; ~ rumah seseorang, biasanya perempuan, yg bekerja di rumah orang utk membuat kerja spt mengemas rumah, membasuh pakaian, memasak dll, orang gaji.
Sumber : Kamus Dewan Edisi Keempat
PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


CADANGAN MAKNA
Makna :
Contoh Penggunaan : *
Asal kata :
Sumber Rujukan : *
       
* Medan wajib diisi
1  Cadangan
Kang Chuen Tat: Makna: Satu ras atau bahasanya di Afrika. (English - A race or its language in Africa.),
Contoh Penggunaan: Bahasa Bantu ditutur secara meluas di Zimbabwe. (English - Bantu language is widely spoken in Zimbabwe.) ,
Asal Kata: Jurubahasa Jerman Wilhelm Bleek pada tahun 1858 : Bantu = manusia.,
Sumber Rujukan: https://en.wikipedia.org/wiki/Bantu_peoples.
27-07-2019 08:53:35




DUNIA KATA - KATA HARI INI
"suguh"

Jw; menyuguhi 1. memberi makanan kpd (tetamu), menjamu, memperjamu: ia disilakan singgah ke dlm toko dan disuguhi minuman yg mahal dan lazat; 2. ki me­ngemukakan (sesuatu) kpd, menonjolkan (sesuatu) kpd; menyuguhkan 1. menyediakan (menghi­dangkan, menyajikan) makanan: sementara pembicaraan itu berlangsung, seorang perajurit Jepun berengsot ~ air te.... Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.