Kata : damai
Makna : 1. tidak berperang atau serang-me­nyerang (bkn perhubungan antara negara, puak dll), tidak bermusuhan atau berselisihan (bkn perhubungan antara manusia); hidup (aman) ~ hidup dlm keadaan yg bebas drpd permusuhan (perselisihan, pertikaian, dsb); menyelesaikan sesuatu secara ~ menye­lesaikan sesuatu tanpa kekerasan (menerusi perundingan dsb); keadaan ~ keadaan tidak berlaku peperangan (permusuhan, perteling­kahan, dsb); rundingan ~ rundingan (biasanya melibatkan pihak-pihak yg bertelingkah) yg bertujuan mewujudkan keadaan damai; 2. berbaik semula (tidak bermusuhan, tidak ber­seteru); menyorong ~ (minta) berbaik semula; 3. tenteram, tenang (bkn suasana, keadaan, perasaan, dsb): waktu telah larut malam baru terdapat suasana ~; malam begitu ~;berdamai 1. berbaik semula (tidak lagi ber­gaduh, berperang, bermusuhan, dsb), berhenti berperang (bermusuhan): kedua-dua pihak yg bermusuhan itu telah pun ~; 2. ber­muafakat, berunding: mengenai sewa rumah, kita boleh ~; harga ~ harga yg boleh dirun­dingkan;mendamaikan, memperdamaikan 1. mem­­­baik­kan dua pihak (negara dsb) dgn me­namatkan atau menyelesaikan perselisihan dsb, mewujudkan (memulihkan) perhubungan berbaik-baik antara dua atau beberapa pihak (negara dsb) yg bermusuhan (berperang, ber­telingkah, berselisihan, dsb): Amerika Syarikat dan Britain berharap agar negeri Jepun berusaha ~ Indonesia dgn Malaysia; 2. membincangkan atau merundingkan utk men­capai persetujuan: sebelum menduduki rumah, lebih baik kita damaikan dahulu tentang sewanya;kedamaian 1. keadaan damai (keadaan tidak terdapat atau tidak berlaku pergaduhan, peperangan, persengketaan, dsb): hidup dlm ~ dan kemakmuran; 2. keadaan yg aman dan tenteram, ketenteraman, ketenangan: hari itu dia berdoa supaya getar perasaan yg mengocak ~ jiwanya akan hilang;perdamaian perihal (keadaan) berdamai: rundingan yg akhirnya membawa ~ di kalangan puak-puak yg bersengketa dan sering bertempur itu;pendamaian perihal (usaha dsb) men­da­maikan, penyelesaian keadaan bermusuhan (berperang, berselisih faham, dll): kongres ~ sedunia itu berjalan dgn meriah;pendamai orang (negara, pihak) yg men­damaikan atau berusaha utk mendamaikan: Kemboja dan negeri Thai pernah bertindak sbg ~ dlm sengketa Malaysia dgn Indonesia; jaksa ~ orang yg dilantik utk mengawasi kedamaian (keamanan) sesuatu kawasan.
Sumber : Kamus Dewan Edisi Keempat
PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


CADANGAN MAKNA
Makna :
Contoh Penggunaan : *
Asal kata :
Sumber Rujukan : *
       
* Medan wajib diisi
1  Cadangan
mohamad yusoff: Makna: Helo! (kata seru), Hai! (kata seru),Selamat tinggal! (kata seru), Selamat datang! (kata seru), Halo! (kata seru), Hei! (kata seru), Selamat siang! (kata seru), Selamat sejahtera! (kata seru), Salam sejahtera! (kata seru), Salam hormat! (kata seru), Semoga berbahagia selalu! (kata seru), Semoga hari anda baik! (kata seru), Assalamualaikumn! (kata seru), Salam! (kata seru), Salam bahagia! (kata seru),
Contoh Penggunaan: (1) Damai, apa khabar?1 (Bahasa Inggeris ~ Hello, how are you?!) (2) Damai, jemput masuk! (Bahasa Inggeris ~ Hi, come in!) (3) Damai ke negeri kami! (Bahasa Inggeris ~ Welcome to our country!) (4) Damai, sampai jumpa lagi! (Bahasa Inggeris ~ Goodbye, see you!),
Asal Kata: damai,
Sumber Rujukan: Kamus, Kamus Bahasa Melayu, Kamus Indonesia, Kamus DBP, Gagasan Mahasiswa, Gagasan Mahaguru.
23-06-2015 12:28:23




DUNIA KATA - KATA HARI INI
"penangkap ikan"

nelayan; Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.