CARIAN KATA - KAMUS
Klik kata untuk cadangan lanjut

Bilangan Hasil Carian = 8

KATAMAKNASUMBER
belia 1. muda; muda ~ sangat muda (muda remaja); 2. pemuda; 3. golongan muda secara keseluruhannya (baik lelaki mahupun wanita), pemuda dan pemudi: kelab ~. Kamus Dewan Edisi Keempat
beliak ; membeliak, terbeliak terbuka besar-besar (mata), terbelalak: matanya terbeliak oleh sebab terlalu hairan;membeliakkan membuka (mata) besar-besar, membelalakkan: Salina menggertak budak itu dgn ~ matanya. Kamus Dewan Edisi Keempat
belian 1. benda yg sudah dibeli: kita harus dapat menaksir berapa banyak barang dagangan patut dibeli utk bulan depan, supaya ~ tidak berlebihan; budak ~ hamba (yg dibeli); 2. = beli-belian bp membeli-beli, berbelanja; harga ~ bayaran barang pd masa membeli; Kamus Dewan Edisi Keempat
belian I sl pawang, bomoh; hantu ~ harimau yg mempunyai kekuatan ghaib. Kamus Dewan Edisi Keempat
beliau kata ganti diri ketiga (utk orang tua atau orang yg dihormati): mentuaku seorang pendiam, ~ tidak suka anak-anaknya terlampau banyak bercakap. Kamus Dewan Edisi Keempat
beliawan pemuda dalam lingkungan umur lapan belas hingga empat puluh tahun Kamus DBP versi dalam Talian
beliawanis pemudi dalam lingkungan umur lapan belas hingga empat puluh tahun Kamus DBP versi dalam Talian
belian II sj tumbuhan (pokok yg kayunya keras), Eusideroxylon zwageri. Kamus Dewan Edisi Keempat



©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.