KATA | MAKNA | SUMBER |
bergerak
|
1. bergoyang, beralih tempat, berpindah tempat: pohon itu ~ ditiup angin; jangan ~ dr tempatmu; 2. berangkat, pergi, menuju: askar-askar British telah ~ ke kawasan itu; kemudian ia bangun dan ~ dr situ; 3. berusaha, berikhtiar, bertindak: persatuan itu memerlukan wang utk ~; kami dulu sama-sama ~ dlm kumpulan itu;
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
bergerak balas
|
bertindak balas secara positif: pesakit ~ terhadap rawatan.
| Kamus Dewan Edisi Keempat |