KATA | MAKNA | SUMBER |
berhenti
|
1. tidak bergerak (berjalan, bekerja, dll) lagi, tidak meneruskan lagi: enjin kereta itu sudah ~; di hujung jalan itu mereka ~; kereta api ini tidak ~ di Segamat; ia sudah ~ bersekolah; 2. berakhir, habis, tamat: hujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang; orang kehilangan pun tiada ~ lagi; 3. meletakkan jawatan (pekerjaan dll), tidak menjadi ahli (pelanggan dll) lagi: dia ~ kerana ingin bertanding dlm pilihan raya umum; 4. berehat, melepaskan lelah: jika tuan hamba lelah ~ dahulu;
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhenti renggam hari
|
berehat masa sedang menuai (perayaan).
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhenti-henti
|
tidak terus-menerus, terputus-putus;
| Kamus Dewan Edisi Keempat |