KATA | MAKNA | SUMBER |
individu
|
orang perseorangan, manusia seorang diri, terutamanya apabila dianggap sbg berbeza drpd yg lain: tidak dapat kita nafikan betapa besar pengaruh buku ke atas seseorang ~; keindividuan sifat yg membezakan seseorang drpd yg lain: ia tidak membenarkan anggota-anggota masyarakat menonjolkan ~nya.
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
individual
|
individu; keindividualan sifat (keperibadian dsb) individu atau orang perseorangan, yg berkaitan dgn individu: unsur ~ telah juga mengambil alih wibawa keluarga; mahu tidak mahu kaunselor di sekolah-sekolah harus juga membantu murid-murid membentuk sifat ~ masing-masing sebagaimana yg mereka kehendaki.
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
individualis
|
1. orang yg tetap mempertahankan keperibadian dan kebebasan diri; 2. orang yg memperlihatkan kebebasan dirinya dlm tingkah laku atau tindak-tanduknya (pemikirannya, pendiriannya, dll).
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
individualisme
|
prinsip atau tindakan yg menekankan kebebasan atau sifat-sifat individu seseorang: suasana dlm sejarah moraliti Barat melahirkan pemberontakan individual yg akhirnya melahirkan aliran ~.
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
individualistik
|
bersikap dsb sbg individualis (tidak dikuasai atau dikongkong oleh golongan atau pihak lain), bersifat individu, berasaskan atau berpegang pd individualisme: sejarah tetap memberi perhatian kpd aspek-aspek yg lebih ~; keuniversalan ~ dikaji bersama-sama dgn keindividualan.
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
individualiti
|
keadaan (ciri-ciri) khusus yg membezakan seseorang (sesuatu) drpd yg lain, keindividualan.
| Kamus Dewan Edisi Keempat |