KATA | MAKNA | SUMBER |
loghat I
|
1. kata (dlm erti yg sebenarnya); terjemahan menurut ~ terjemahan sekata demi sekata, erti yg tepat; 2. bahasa daerah, dialek, bahasa setempat: ~ Minangkabau; Bahasa Melayu Sarawak mempunyai beberapa ~ yg berbeza dr setempat ke setempat; 3. gaya mengucapkan kata-kata: “Siapa nama awak?” ia bertanya dgn ~ Riau-Johor; bahasa Melayunya fasih sekalipun ~ Jepunnya masih jelas kedengaran; 4. daftar kata, perbendaharaan kata: kata itu terdapat dlm ~ Melayu; ~ rasmi loghat atau bahasa yg ditetapkan oleh pihak yg berkuasa sbg loghat yg sah; ~ umum loghat yg selalu dipakai oleh orang ramai; ilmu ~ ilmu bahasa; kitab ~ kamus; berloghat menggunakan (bercakap dlm) loghat: dia ~ Kelantan sewaktu bercakap dgn kawan sedaerahnya.
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
loghat II
|
Kl, Tr tergesa-gesa: kamu ~ ni hendak pergi ke mana.
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
loghat rasmi
|
loghat atau bahasa yg ditetapkan oleh pihak yg berkuasa sbg loghat yg sah;
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
loghat umum
|
loghat yg selalu dipakai oleh orang ramai;
| Kamus Dewan Edisi Keempat |