CARIAN KATA - KAMUS
Klik kata untuk cadangan lanjut

Bilangan Hasil Carian = 29

KATAMAKNASUMBER
masuk 1. pergi ke dlm (bilik, rumah, tubuh badan, dll), datang ke dlm, lwn keluar: apabila ia melihat orang datang, maka larilah ia ~ hutan; lekas ~!; ia bebas ~ dan keluar; 2. terbenam (matahari, bulan, dll) ke dlm; 3. hadir di atau pergi ke tempat bekerja (se­kolah dll): mengapa engkau tidak ~ bekerja semalam?; enam bulan kemudian dia ~ hospital; ~ sekolah a) pergi ke sekolah utk belajar; b) menjadi murid di sekolah; 4. men­jadi ahli sesuatu pertubuhan (askar, agama, dll): maka segala orang negeri Fansuri itu pun ~ Islam; 5. sudah sampai (umur, tempoh, waktu, dll): umurnya baru ~ enam tahun; perundingan itu sudah ~ hari yg ketujuh; ~ saja waktu isyak, kesemuanya sudah menge-ruh; 6. terbilang, terhitung, tergolong dlm, terkira (termuat) dlm: ia ~ orang yg berada; kain ini ~ dlm jenis kain yg baik juga; tarian ini tidak ~ dlm acara pertunjukan malam terakhir; 7. ikut serta, turut campur: Ali tidak dapat ~ peperiksaan kerana sakit; 8. yg diperoleh (diterima, didapati): ada kerja ada ~, tak ada kerja, tak ada ~; ~ ajar mendengar atau menerima nasihat orang; ~ akal dapat diterima oleh akal (fikir­an), tidak mustahil; ~ angin sakit kerana kesejukan (perut kembung dll); ~ Belanda Id menjadi warganegara Belanda; ~ buku dicatat dlm buku (perbelanjaan dll); ~ campur ikut serta, turut mengambil bahagian; ~ daun sudah mendapat peluang yg baik (sesuatu yg pasti akan berhasil); ~ hati diterima oleh hati, ber­setuju; ~ Jawi Kd berkhatan; ~ kerja datang atau hadir bekerja; ~ kira terhitung (tergolong) dlm; ~ kompeni Id menjadi askar; ~ Melayu a) ark menganut agama Islam; b) menganuti (mengikuti) adat resam orang Melayu; ~ mulut turut memberi fikiran atau nasihat; ~ suluk mengasingkan diri (utk mengamalkan suluk); ~ syaitan dirasuki syaitan; ~ tangan campur tangan; ~ waktu sampai waktu (utk bersembahyang); ~ lima keluar sepuluh prb belanja yg lebih besar drpd penghasilan; ~ sarang harimau prb terperosok ke dlm suatu bahaya besar; memasuki 1. masuk ke dlm (rumah dll): orang itu kelihatan sedang ~ pintu pagar rumahnya; 2. mengikuti (kursus, kuliah, dll), menjadi pelajar (di sekolah dll): seramai tiga puluh lima orang penuntut dr sekolah Alam Shah akan ~ universiti tahun ini; 3. meng­ambil bahagian (dlm peraduan, peperiksaan, dll): beberapa hari lagi dia akan ~ pepe-riksaan; 4. menyertai sesuatu pertubuhan (pakatan dll): ~ pertubuhan SEATO; 5. mencampuri (urusan orang lain); memasukkan 1. membawa (membiarkan dll) masuk, mengisikan (ke dlm): ia ~ mesin taip ke dlm bilik; perusahaan ~ nanas ke dlm tin; dialah yg mula-mula ~ suatu konsep baru ke dlm kesusasteraan kita; 2. menjadi­kan seseorang ahli sesuatu pertubuhan dll: ramai ibu bapa ~ anak-anak mereka ke sekolah itu; 3. menaruhkan wang ke dlm sesuatu perusahaan dll, menanam modal: ia ~ RM50 ke dlm sebuah syarikat pd awal tiap-tiap tahun; termasuk 1. sudah masuk; ~ di hati ki dapat diterima, dipercayai; 2. tergolong (terhitung dll) dlm: labah-labah tidak ~ dlm kumpulan serangga; kemasukan 1. dimasuki (hantu, orang ha­lus, dll), dirasuki (hantu dll): lembu tua itu lari dan terus lari spt ~ hantu merempuh segala tanaman; 2. ada yg masuk, dimasuki oleh: matanya pedih kerana ~ asap sabut yg tebal itu; 3. perihal masuk (menganggotai) sesuatu pertubuhan dll: ~ Malaysia sbg anggota majlis keselamatan; pemasukan perbuatan (tindakan, kerja, proses, dsb) memasukkan. Kamus Dewan Edisi Keempat
masuk (pergi) tidur hendak (pergi utk) berehat dgn memejamkan mata dan tidak sedar diri: biar aku sahaja menyudahkan kerja ini, kau boleh pergi ~ Kamus Dewan Edisi Keempat
masuk ajar mendengar atau menerima nasihat orang; Kamus Dewan Edisi Keempat
masuk akal dapat diterima oleh akal (fikir­an), tidak mustahil; Kamus Dewan Edisi Keempat
masuk angin sakit kerana kesejukan (perut kembung dll); Kamus Dewan Edisi Keempat
masuk Belanda Id menjadi warganegara Belanda; Kamus Dewan Edisi Keempat
masuk buku dicatat dlm buku (perbelanjaan dll); Kamus Dewan Edisi Keempat
masuk campur ikut serta, turut mengambil bahagian; Kamus Dewan Edisi Keempat
masuk daun sudah mendapat peluang yg baik (sesuatu yg pasti akan berhasil); Kamus Dewan Edisi Keempat
masuk hati diterima oleh hati, ber­setuju; Kamus Dewan Edisi Keempat
masuk injap tertipu (tertangkap dll); Kamus Dewan Edisi Keempat
masuk insurans dipertanggungkan dlm insurans, mengambil insurans; Kamus Dewan Edisi Keempat
masuk Islam menjadi orang yg beragama Islam; Kamus Dewan Edisi Keempat
masuk Jawi ber­khatan, bersunat; Kamus Dewan Edisi Keempat
masuk Jawi Kd berkhatan; Kamus Dewan Edisi Keempat
masuk jel bp menjalani hukuman penjara; Kamus Dewan Edisi Keempat
masuk ke dlm kocek diterima secara tidak sah oleh sesuatu pihak: sebahagian drpd wang bantuan masuk ke dlm ~ ahli politik. Kamus Dewan Edisi Keempat
masuk kerja datang atau hadir bekerja; Kamus Dewan Edisi Keempat
masuk kira masuk hitung, dihitung; Kamus Dewan Edisi Keempat
masuk kira terhitung (tergolong) dlm; Kamus Dewan Edisi Keempat
12



©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.