KATA | MAKNA | SUMBER |
menelan
|
1. memasukkan (makanan dll) ke dlm perut melalui kerongkong: makanan itu pun dikunyahnya, kemudian barulah ditelannya; 2. memakan mangsa dll, melulur: ular itu kononnya sangat besar dan boleh ~ seekor kerbau; 3. ki memakai banyak-banyak (perbelanjaan dll), banyak memakan atau menggunakan: utk mengundang manusia seramai itu pun sudah ~ belanja yg besar juga; 4. ki mengambil sesuatu secara gelap atau haram (makan suap dll): sebahagian wang ini ditipu dan ditelan oleh pegawai-pegawai yg bertanggungjawab dlm lapangan sosial; 5. ki menerima sesuatu yg tidak menyenangkan (spt kekalahan dll): walau bagaimanapun orang Melayu terpaksa ~ kecaman yg sebegitu pedas; 6. menguasai (negeri dll), menakluki: dia memberitahu kerajaan bahawa orang asing itu akhirnya akan ~ Jepun; 7. ki menguasai, menghapuskan, melenyapkan: sesungguhnya itu satu lagi warisan budaya yg patut sama-sama dipelihara agar tidak pupus begitu sahaja ditelan zaman
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
menelangkai
|
menanyakan (meminang, me-lamar) gadis utk: maka ada dlm surat menye-butkan ~ puteri anak Raja Besar di Ujung Tanah;
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
menelangkupkan
|
meletakkan telangkup, menelungkupkan, meniarapkan: Tini berdiri, terduduk lagi, ~ muka pd meja, menangis lagi.
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
menelanjangi
|
1. menanggalkan (segala pakaian dll) yg dipakai: ditelanjanginya anaknya itu; 2. merampas segala pakaian (perhiasan dll) yg dipakai: ~ penumpang-penumpang dr barang-barang mereka; 3. ki membukakan (rahsia, kejahatan, dll), mendedahkan hingga diketahui orang segala-gala yg dirahsiakan: beliau telah pernah ~ keadaan masyarakat di Kampung Kambing;
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
menelanjangkan
|
menjadikan telanjang;
| Kamus Dewan Edisi Keempat |