KATA | MAKNA | SUMBER |
menerima
|
1. mengambil (mendapat, menadah, dll) sesuatu yg diberikan: adakah Yang Dipertuan telah ~ surat dua pucuk kelmarin?; 2. menyambut kedatangan orang (tetamu dll): kalau diketahui kami bukan orang India maka ia enggan ~ kedatangan kami; 3. = ~ baik meluluskan atau mengabulkan sesuatu per-mintaan (permohonan dll), menyetujui (sesuatu usul dll), membenarkan, mengesahkan: ketika dia datang meminang, ibuku tidak banyak olah utk ~nya; 4. mendapat atau menderita sesuatu (dgn berserah sahaja): ~ nasib; 5. berpendapat bahawa ..., memandang (sbg), menganggap (sbg): ia ~ jawabanku sbg penghinaan; 6. membenarkan masuk menjadi anggota (murid dll), mengizinkan (masuk dll): mereka pun diterima sbg anggota masyarakat kota itu; 7. bersetuju memegang sesuatu jawatan, mahu menjabat: beliau telah ~ tawaran utk bekerja sbg pengurus di syarikat itu;
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
menerimakan
|
menyerahkan supaya diterima, memberikan;
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
menerima baik
|
meluluskan atau mengabulkan sesuatu permintaan (permohonan dll), menyetujui (sesuatu usul dll), membenarkan, mengesahkan: ketika dia datang meminang, ibuku tidak banyak olah utk ~nya;
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
menerima pakai
|
mengambil atau menerima sesuatu (idea, keputusan, peraturan, kaedah dsb) dan menggunakannya atau melaksanakannya utk tujuan tertentu: tujuh buah negeri telah bersetuju utk ~ Enakmen Pentadbiran dan Hukum Islam; konsep tersebut turut diterima pakai oleh sektor swasta.
| Kamus Dewan Edisi Keempat |