KATA | MAKNA | SUMBER |
mengalir
|
1. bergerak berterusan (bkn air, cecair, tenaga elektrik, dll): air sungai ~ ke laut; darah ~ keluar drpd luka di kepalanya; 2. bergerak perlahan-lahan dan sedikit-sedikit, meleleh (bkn air mata, peluh, dll): air matanya ~ juga dlm suram-suram cahaya; 3. bergerak melalui atau menerusi kawat (bkn arus atau tenaga elektrik); 4. bergerak keluar atau masuk (dr sebuah negara ke negara lain dsb), berpindah banyak-banyak (ke negara atau tempat lain): emas ~ ke luar negeri;
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengalir
|
menangkap buaya dgn tali alir.
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengaliri
|
Id mengalir ke (sesuatu kawasan, daerah, dll): air bendungan itu dapat ~ daerah yg luas;
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengalirkan
|
1. menyebabkan (menjadikan) mengalir, menyalurkan (air dll) ke: maksud bendungan ini ialah utk ~ air ke sawah; pertempuran yg ~ darah; 2. menyebabkan bergerak (di air), menghanyutkan: ~ rakit; 3. menyalurkan (cita-cita, kegiatan, dsb), mengarahkan;
| Kamus Dewan Edisi Keempat |