KATA | MAKNA | SUMBER |
pekerja
|
orang yg bekerja (lazimnya utk mendapat bayaran atau memperoleh pendapatan), orang yg memegang sesuatu jawatan (dlm perkhidmatan awam atau swasta): beberapa orang ~ telah diberhentikan perkhidmatan mereka oleh syarikat itu; badan ~ Id jawatankuasa (panitia) yg terdiri drpd beberapa ahli (pertubuhan dll) yg bertanggungjawab terhadap kerja sehari-hari; ~ bulanan (harian, mingguan) pekerja yg menerima bayaran tiap-tiap bulan (hari, minggu); ~ haram pekerja (biasanya rakyat negara asing) yg bekerja tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa yg berkenaan; ~ hukuman orang yg terpaksa bekerja kerana menjalani hukuman; ~ kabel orang yg kerjanya memasang atau membaiki kerosakan kabel; ~ lapangan orang yg membantu penyelidik, pakar dsb melakukan kerja lapangan; ~ lepas pekerja yg tidak tetap; ~ rencam pekerja yg membuat berbagai-bagai kerja kecil;
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
pekerjaan
|
sesuatu yg diusahakan (dilakukan berterusan) kerana mencari nafkah: ~nya yg baru ini menjadikan hidupnya agak senang;
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
pekerjaan
|
1. sesuatu yg dikerjakan (dilakukan, dibuat), perbuatan: ~mu membakar negeri Langkapuri itu juga bukan ~ laki-laki; 2. sesuatu yg dilakukan (harus dilakukan) sbg tanggungjawab, kewajiban, tugas: sempurnalah ~ yg dititahkan paduka ayahanda itu; ~nya membersihkan pekarangan rumah belum selesai; ~ Allah kewajiban kpd Allah; 3. sesuatu (usaha, kegiatan, dsb) yg dilakukan berterusan (dr sehari ke sehari) utk keperluan hidup, usaha atau kegiatan utk mendapatkan wang, pencarian: pd masa itu, bapaku memegang ~ tuan syahbandar Holanda; mereka semua mahukan ~ yg memberikan pendapatan yg besar; ~ kolar putih kerja spt yg dilakukan oleh golongan pengurusan (profesional, perkeranian, dsb, iaitu bukan kerja kasar yg memerlukan kekuatan tenaga); ~ tangan kerja membuat barang-barang dgn tangan (spt menganyam dll); 4. ark pergerakan atau perjalanan sesuatu: beliau menerangkan ~ jentera itu kpd pelawat-pelawat; 5. majlis (istiadat) perkahwinan dll: banyak dia berbelanja kerana ~ kahwin anaknya; ~ baik lekas-lekaskan, jangan ditimpa ~ buruk; ~ buruk lambat-lambatkan, untung-untung datang ~ baik prb Mn pekerjaan baik (spt pekerjaan kahwin) hendaklah disegerakan melakukannya supaya tidak ada apa-apa halangan (sebaliknya pekerjaan yg tidak baik hendaklah ditangguhkan supaya dapat difikirkan dgn lebih teliti);
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
pekerja bulanan (harian, mingguan)
|
pekerja yg menerima bayaran tiap-tiap bulan (hari, minggu);
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
pekerja haram
|
pekerja (biasanya rakyat negara asing) yg bekerja tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa yg berkenaan;
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
pekerja hukuman
|
orang yg terpaksa bekerja kerana menjalani hukuman;
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
pekerja kabel
|
orang yg kerjanya memasang kabel.
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
pekerja kabel
|
orang yg kerjanya memasang atau membaiki kerosakan kabel;
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
pekerja lapangan
|
orang yg membantu penyelidik, pakar dsb melakukan kerja lapangan; ~ lepas pekerja yg tidak tetap;
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
pekerja rencam
|
pekerja yg membuat berbagai-bagai kerja kecil;
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
pekerja sukarela
|
pekerja yg tidak digaji atau diupah; bunga utk diletakkan di tugu peringatan perang;
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
pekerjaan Allah
|
kewajiban kpd Allah;
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
pekerjaan kolar putih
|
kerja spt yg dilakukan oleh golongan pengurusan (profesional, perkeranian, dsb, iaitu bukan kerja kasar yg memerlukan kekuatan tenaga);
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
pekerjaan rodi
|
pekerjaan yg wajib dilakukan (dgn tidak mendapat upah);
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
pekerjaan tangan
|
kerja membuat barang-barang dgn tangan (spt menganyam dll);
| Kamus Dewan Edisi Keempat |