KATA | MAKNA | SUMBER |
telus
|
1. dapat masuk ke dlm lubang dll, terus menembus, bulus, celus, lulus; 2. mudah difahami atau diketahui (tiada hal yg tersembunyi, disangsikan dsb): setiap keputusan hendaklah dibuat secara ~ dan dilaksanakan segera; meneluskan menyebabkan telus: tidak ada pe-luang ~ sinarnya ke celah-celah pohon yg rendang; ketelusan keadaan atau sifat yg terus terang (tiada hal yg tersembunyi, disangsikan dsb): perlunya ~ dlm urusan kewangan negara; Malaysia mahu semua negara anggota APEC mengamalkan ~ sebagaimana yg dilaung-laungkan.
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
telusur
|
menelusur 1. bergerak atau berjalan sepanjang tepi jalan, sungai, dll; 2. menjejaki;menelusuri mengikuti jejak perjalanan, lang-kah, tindakan dsb: tidak ramai pula yg sanggup ~ kejayaan rakan mereka yg telah dan sedang menempa kejayaan.
| Kamus Dewan Edisi Keempat |