CARIAN KATA - KAMUS
Klik kata untuk cadangan lanjut

Bilangan Hasil Carian = 23

KATAMAKNASUMBER
adat 1. peraturan yg sudah diamalkan turun-temurun (sejak dahulukala) di dlm sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan yg harus dipatuhi), lembaga: ~ Minangkabau; ~ Perpatih; ~ Rembau; 2. cara yg sudah menjadi kebiasaan, sifat, kebiasaan: ~ air cair, ~ api panas; kurang ~ tidak sopan, kurang ajar; membawa ~ haid (datang bulan); mengisi ~ menjalankan adat kebiasaan, memenuhi kewajiban; tahu ~ sopan; tak tahu ~ tidak sopan, kurang ajar; ~ dunia sifat dunia, kebiasaan di dunia; ~ gelanggang = ~ menyabung peraturan menyabung (ayam); ~ istiadat berbagai-bagai adat (peraturan) yg dituruti; ~ menyerambi adat menjamu bakal menantu laki-laki; ~ resam adat kebiasaan; ~ bersendi syarak, syarak bersendi ~ prb segala perbuatan hendaklah jangan bertentangan dgn adat dan agama; ~ diisi, lembaga dituang prb Mn mengerjakan sesuatu menurut adat kebiasaan; ~ gajah terdorong prb orang yg berkuasa biasanya menyalahgunakan kekua­saan­nya; ~ lama pusaka usang prb Mn adat yg tidak berubah-ubah sejak dahulu; ~ periuk berkerak, ~ lesung berdedak prb jika ber­kehendakkan keuntungan, haruslah susah; ~ sepanjang jalan, cupak sepanjang betung prb tiap-tiap perbuatan ada peraturannya, tiap-tiap negeri mempunyai kebiasaannya; hidup dikandung ~ mati dikandung tanah prb setiap orang harus mentaati adat selama hidup dan jangan pula melupakan bahawa dia akan mati; hilang ~ tegal muafakat prb adat lama itu boleh diubah asal dgn muafakat; beradat 1. mempunyai adat, tahu sopan santun; 2. melakukan sesuatu secara adat; mengadatkan menjadikan sesuatu adat, menjadikan sesuatu kebiasaan; adat yg diadatkan adat yg ditetapkan; teradat sudah menjadi adat atau kebiasaan; adat yg ~ adat yg terjadi kerana kebiasaan. Kamus Dewan Edisi Keempat
adat (budi pekerti) timur adat (budi pekerti) bangsa Asia. Kamus Dewan Edisi Keempat
adat berkorong kampung adat istiadat dlm kawasan (lingkungan) kampung; Kamus Dewan Edisi Keempat
adat dagang, tahan menawar barang dagangan sudah semestinya boleh dikurangkan harganya; Kamus Dewan Edisi Keempat
adat dunia sifat dunia, kebiasaan di dunia; Kamus Dewan Edisi Keempat
adat gelanggang = ~ menyabung peraturan menyabung (ayam); Kamus Dewan Edisi Keempat
adat istiadat berbagai-bagai adat (peraturan) yg dituruti; Kamus Dewan Edisi Keempat
adat istiadat berbagai-bagai adat dan kebiasaan; 2. majlis rasmi utk menyambut sesuatu peristiwa (spt pertabalan, perkahwinan, dsb), upacara: ~ perkahwinan itu telah dijalankan dgn sempurna; Kamus Dewan Edisi Keempat
adat kolot adat kuno; Kamus Dewan Edisi Keempat
adat kuno adat yg sudah usang; Kamus Dewan Edisi Keempat
adat lama pusaka usang Mn adat yg sudah turun-temurun; Kamus Dewan Edisi Keempat
adat menyerambi adat menjamu bakal menantu laki-laki; Kamus Dewan Edisi Keempat
adat nenek moyang adat istiadat yg turun-temurun; Kamus Dewan Edisi Keempat
adat penukul lantak bayaran utk menentukan sempadan tanah (memasang pancang dll); Kamus Dewan Edisi Keempat
adat peremasan sl adat bkn perjanjian utk mengahwinkan kanak-kanak dgn orang yg tertentu apabila ia sudah besar. Kamus Dewan Edisi Keempat
adat perpatih adat orang Minangkabau (diamalkan oleh sete­ngah-setengah penduduk Negeri Sembilan). Kamus Dewan Edisi Keempat
adat pusaka adat yg turun-temurun; Kamus Dewan Edisi Keempat
adat resam adat kebiasaan. Kamus Dewan Edisi Keempat
adat resam adat (aturan) yg biasa; Kamus Dewan Edisi Keempat
adat tertib kelakuan yg baik dlm pergaulan, kesopanan: perbuatan yg kita lakukan demikian adalah melanggar ~ negara timur ini Kamus Dewan Edisi Keempat
12



©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.