CARIAN KATA - KAMUS
Klik kata untuk cadangan lanjut

Bilangan Hasil Carian = 4

KATAMAKNASUMBER
dialek (dialék) satu bentuk bahasa yg di­gunakan dlm sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza drpd bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri dll): ~ Kelantan; ~ Kedah; ~ sosial (Lin) variasi bahasa yg dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa, mis bahasa istana. Kamus Dewan Edisi Keempat
dialektik (dialéktik) seni (amalan) menilai kebenaran sesuatu teori atau pendapat secara perbincangan dan perdebatan: tentu sahaja engkau tidak mengerti soal ini, kerana engkau tidak berfikir secara ~. Kamus Dewan Edisi Keempat
dialektologi (dialéktologi) kajian tentang dialek. Kamus Dewan Edisi Keempat
dialek sosial (Lin) variasi bahasa yg dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa, mis bahasa istana. Kamus Dewan Edisi Keempat



©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.