CARIAN KATA - KAMUS
Klik kata untuk cadangan lanjut

Bilangan Hasil Carian = 6

KATAMAKNASUMBER
individu orang perseorangan, manusia seorang diri, terutamanya apabila dianggap sbg berbeza drpd yg lain: tidak dapat kita nafikan betapa besar pengaruh buku ke atas seseorang ~; keindividuan sifat yg membezakan seseorang drpd yg lain: ia tidak membenarkan anggota-anggota masyarakat menonjolkan ~nya. Kamus Dewan Edisi Keempat
individual individu; keindividualan sifat (keperibadian dsb) individu atau orang perseorangan, yg berkaitan dgn individu: unsur ~ telah juga mengambil alih wibawa keluarga; mahu tidak mahu kaunselor di sekolah-sekolah harus juga membantu murid-murid membentuk sifat ~ masing-masing sebagaimana yg mereka kehendaki. Kamus Dewan Edisi Keempat
individualis 1. orang yg tetap mempertahankan keperibadian dan kebebasan diri; 2. orang yg memperlihatkan kebebasan dirinya dlm tingkah laku atau tindak-tanduknya (pemikirannya, pendiriannya, dll). Kamus Dewan Edisi Keempat
individualisme prinsip atau tindakan yg menekankan kebebasan atau sifat-sifat individu seseorang: suasana dlm sejarah moraliti Barat melahirkan pemberontakan individual yg akhirnya melahirkan aliran ~. Kamus Dewan Edisi Keempat
individualistik bersikap dsb sbg individualis (tidak dikuasai atau dikongkong oleh golongan atau pihak lain), bersifat individu, berasaskan atau berpegang pd individualisme: sejarah tetap memberi perhatian kpd aspek-aspek yg lebih ~; keuniversalan ~ dikaji bersama-sama dgn keindividualan. Kamus Dewan Edisi Keempat
individualiti keadaan (ciri-ciri) khusus yg membezakan seseorang (sesuatu) drpd yg lain, keindividualan. Kamus Dewan Edisi Keempat


DUNIA KATA - KATA HARI INI
"kemuraman"

perihal (keadaan dsb) muram, kesuraman: Rahman memandang wajah isteri-nya yg masih cuba menyembunyikan ~nya. Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.