CARIAN KATA - KAMUS
Klik kata untuk cadangan lanjut

Bilangan Hasil Carian = 23

KATAMAKNASUMBER
kelas I 1. bilik (tempat) belajar, bilik darjah: murid-murid masuk ke ~ beramai-ramai; 2. perkumpulan utk mempelajari sesuatu; ~ lukisan (tarian, jahit-menjahit, masakan, dll) perkumpulan yg bertujuan mempelajari seni lukis (seni tari, jahit-menjahit, cara-cara me­masak, dll); ~ persediaan kelas tempat penuntut-penuntut diberi latihan khas sebelum mengikuti pelajaran yg khusus atau mendalam; 3. peringkat, tingkatan (pelajaran yg diikuti): pelajar-pelajar ~ rendah; 4. golong­an atau kumpulan (dlm masyarakat) yg berbeza antara satu sama lain atas ciri-ciri tertentu (spt taraf hidup, kedudukan sosial berdasarkan asal keturunan dll): beliau meramalkan berlakunya pertentangan ~ atau golongan-golongan dlm masyarakat; 5. golongan, kumpulan (berdasarkan per­samaan pelbagai sifat yg tertentu): manusia termasuk dlm ~ binatang mamalia; 6. baha­gian, kategori, kumpulan (berdasarkan ting­katannya yg tertentu): pemborong-pemborong ~ E; ~ atasan golongan orang yg menduduki taraf sosial yg paling tinggi, mis kaum bangsawan; ~ bawahan golongan orang yg menduduki taraf sosial yg paling rendah, mis buruh, petani dsb; ~ dewasa perkumpulan yg terdiri drpd orang-orang dewasa utk belajar membaca dan menulis; ~ ekonomi kelas dlm pengangkutan awam, mis kapal terbang dan kereta api, yg kadar tambangnya paling murah; ~ kambing bp tingkatan (taraf) yg paling rendah, kelas (bahagian) yg paling murah bayaran yg di­kenakan kpd penonton (di panggung wayang dll); ~ kata (Lin) golongan kata; ~ menengah golongan masyarakat antara kelas bawahan dan kelas atasan, termasuklah ahli perniagaan dan profesional spt peguam, akauntan, doktor dsb; ~ pertengahan kelas menengah; berkelas termasuk dlm kelas (golongan, kumpulan atau kedudukan sosial tertentu): memang terdapat jurang sosial yg agak ketara antara mereka yg ~ rendah dgn yg ~ menengah; berkelas-kelas berasing-asing dlm kedu­dukan (ada yg tinggi dan ada yg rendah tarafnya), berpangkat-pangkat, bertingkat­tingkat: yg menarik hatinya ialah masyarakat di situ masih ~; mengelaskan membahagi-bahagikan atau mengasing-asingkan kpd berbagai-bagai golongan (kumpulan, tingkatan, dll), menen­tukan kelas sesuatu: ahli-ahli kimia ~ bahan-bahan kimia mengikut suatu sistem tertentu; pengelasan perihal atau perbuatan me­ngelaskan, pembahagian (pengasingan) kpd kumpulan-kumpulan (golongan-golongan dll); ~ tanah (tumbuhan) pengasingan tanah (tumbuhan) kpd jenis (kumpulan) tertentu. Kamus Dewan Edisi Keempat
kelasa I 1. bonggol pd tengkuk atau punggung binatang (spt lembu, unta, dll), ponok; 2. bonggol di antara tulang belikat kuda. Kamus Dewan Edisi Keempat
kelasah ; kelusuh-~; ®kelusuh. Kamus Dewan Edisi Keempat
kelasak sj perisai yg dibuat drpd kulit. Kamus Dewan Edisi Keempat
kelasakan perihal lasak. Kamus Dewan Edisi Keempat
kelasi I anak kapal, pekerja dlm kapal. Kamus Dewan Edisi Keempat
kelasykaran perihal lasykar. Kamus Dewan Edisi Keempat
kelas II antara pasang dan surut; mengelas pasang perbani. Kamus Dewan Edisi Keempat
kelasa II Jw tikar mengkuang. Kamus Dewan Edisi Keempat
kelasi II sj kera yg panjang hidungnya, Hylobates leuciscus. Kamus Dewan Edisi Keempat
kelas III ; mengelas; ~ daging mengem­pukkan daging seketika (sebelum digoreng). Kamus Dewan Edisi Keempat
kelas IV ; mengelas Kd memilih (buah dll) dgn teliti, membelek-belek utk memilih. Kamus Dewan Edisi Keempat
kelas atasan golongan orang yg menduduki taraf sosial yg paling tinggi, mis kaum bangsawan; Kamus Dewan Edisi Keempat
kelas bawahan golongan orang yg menduduki taraf sosial yg paling rendah, mis buruh, petani dsb; Kamus Dewan Edisi Keempat
kelas dewasa perkumpulan yg terdiri drpd orang-orang dewasa utk belajar membaca dan menulis; Kamus Dewan Edisi Keempat
kelas ekonomi kelas dlm pengangkutan awam, mis kapal terbang dan kereta api, yg kadar tambangnya paling murah; Kamus Dewan Edisi Keempat
kelas kambing bp tingkatan (taraf) yg paling rendah, kelas (bahagian) yg paling murah bayaran yg di­kenakan kpd penonton (di panggung wayang dll); Kamus Dewan Edisi Keempat
kelas kata (Lin) golongan kata; Kamus Dewan Edisi Keempat
kelas lukisan (tarian, jahit-menjahit, masakan, dll) perkumpulan yg bertujuan mempelajari seni lukis (seni tari, jahit-menjahit, cara-cara me­masak, dll); Kamus Dewan Edisi Keempat
kelas menengah golongan masyarakat antara kelas bawahan dan kelas atasan, termasuklah ahli perniagaan dan profesional spt peguam, akauntan, doktor dsb; Kamus Dewan Edisi Keempat
12


DUNIA KATA - KATA HARI INI
"zirkonia"

pepejal berwarna putih yg digunakan dlm sepuh seramik, dan sbg pengganti sintetik bagi berlian dlm barang kemas. Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.