CARIAN KATA - KAMUS
Klik kata untuk cadangan lanjut

Bilangan Hasil Carian = 4

KATAMAKNASUMBER
menerima 1. mengambil (mendapat, mena­dah, dll) sesuatu yg diberikan: adakah Yang Dipertuan telah ~ surat dua pucuk kelmarin?; 2. menyambut kedatangan orang (tetamu dll): kalau diketahui kami bukan orang India maka ia enggan ~ kedatangan kami; 3. = ~ baik meluluskan atau mengabulkan sesuatu per-mintaan (permohonan dll), menyetujui (sesuatu usul dll), membenarkan, mengesah­kan: ketika dia datang meminang, ibuku tidak banyak olah utk ~nya; 4. mendapat atau menderita sesuatu (dgn berserah sahaja): ~ nasib; 5. berpendapat bahawa ..., meman­dang (sbg), menganggap (sbg): ia ~ jawabanku sbg penghinaan; 6. membenarkan masuk menjadi anggota (murid dll), mengizinkan (masuk dll): mereka pun diterima sbg anggota masyarakat kota itu; 7. bersetuju memegang sesuatu jawatan, mahu menjabat: beliau telah ~ tawaran utk bekerja sbg pengurus di syarikat itu; Kamus Dewan Edisi Keempat
menerimakan menyerahkan supaya diterima, memberikan; Kamus Dewan Edisi Keempat
menerima baik meluluskan atau mengabulkan sesuatu permintaan (permohonan dll), menyetujui (sesuatu usul dll), membenarkan, mengesah­kan: ketika dia datang meminang, ibuku tidak banyak olah utk ~nya; Kamus Dewan Edisi Keempat
menerima pakai mengambil atau menerima sesuatu (idea, keputusan, peraturan, kaedah dsb) dan menggunakannya atau melaksanakannya utk tujuan tertentu: tujuh buah negeri telah bersetuju utk ~ Enakmen Pentadbiran dan Hukum Islam; konsep tersebut turut diterima pakai oleh sektor swasta. Kamus Dewan Edisi Keempat


DUNIA KATA - KATA HARI INI
"berkukuh"

1. bertahan (pd kedudukan dll), menetap, memperkuat kedudukan dll: mereka tidak mahu melihat kaum kapitalis dan imperialis ~ di negara mereka; 2. berpegang teguh pd pendirian (janji dll), berteguh hati; ~ kata berjanji sungguh-sungguh (tidak akan mungkir); Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.