CARIAN KATA - KAMUS
Klik kata untuk cadangan lanjut

Bilangan Hasil Carian = 3

KATAMAKNASUMBER
ragam I 1. tingkah, cara, laku, olah: aku men­junjung sekotak pinggan dan kawan-kawan yg lain masing-masing dgn ~nya; 2. jenis, macam: dlm masyarakat ada berbagai-bagai ~ manusia; aneka ~ berbagai-bagai jenis; serba ~ serba macam; 3. lagu, langgam: maka gendang pun dipukul oranglah tujuh ~, dan pd se~ sekali nafiri berbunyi; ahli ~ ark ahli muzik; 4. corak, ragi, warna: kain yg cantik ~nya; ~ bahasa variasi bahasa ber­dasarkan penggunaannya, yg berkaitan dgn situasi (tajuk pembicaraan, bidang, dll) yg tertentu; banyak orang banyak ~nya prb banyak orang banyak tingkahnya (fiilnya, laku­nya); seragam 1. sama potongan dan warnanya (bkn pakaian dll), sama sahaja (ciri-cirinya, peraturannya, dll): pakaian ~; 2. sesuai, sepakat; ~ sebau sehati (suami isteri dll); menyeragamkan menjadikan seragam: ~ ejaan Rumi bahasa Malaysia-Indonesia; keseragaman perihal (keadaan dsb) se­ragam: ~ bentuk; ~ warna; penyeragaman perbuatan menyeragamkan: ia akan dapat berusaha ke arah ~ bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia; beragam, beragam-ragam berbagai-bagai, bermacam-macam, berwarna-warna: masya­ra­kat yg digaulinya jauh lebih ~ dan luas drpd masyarakat zaman ayahnya; ramai ~, rimbun menyelara prb setiap orang ada kemahuan (fikiran, kegemaran, dll) sendiri; meragam 1. menyanyi (bernyanyi, berlagu); 2. mewarnai; 3. bp berkelakuan (berperangai) tidak tentu hala (tidak dapat diteka): kereta buruk yg ~; gadis itu terus-menerus ~; meragamkan menjadikan beragam, mem­buat (mengubah dsb) supaya menjadi berbagai-bagai atau tidak serupa sahaja: mereka tahu ~ masakan utk hidangan sehari-hari; keragaman 1. perihal berjenis-jenis ragam: orang yg begini membawa sekali ~ yg beraneka juga; 2. = ~ jiwa keadaan (jiwa). Kamus Dewan Edisi Keempat
ragam II Jw bersatu hati, rukun; meragamkan mengeratkan persaudaraan (per­sahabatan dll), merukunkan; keragaman kedamaian, kerukunan. Kamus Dewan Edisi Keempat
ragam bahasa variasi bahasa ber­dasarkan penggunaannya, yg berkaitan dgn situasi (tajuk pembicaraan, bidang, dll) yg tertentu; Kamus Dewan Edisi Keempat



©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.