CARIAN KATA - KAMUS
Klik kata untuk cadangan lanjut

Bilangan Hasil Carian = 3

KATAMAKNASUMBER
sistem 1. cara atau kaedah utk melakukan sesuatu, aturan: menurut ~ tulisan yg dipakai sekarang, kata-kata ulang ditulis dgn cara menggunakan sempang; 2. kumpulan bebe­rapa bahagian (alat dll) yg sama-sama bekerja utk satu tujuan: ~ penghadaman; ~ saraf; 3. kumpulan pendapat (prinsip, teori, dll) yg teratur dan tersusun baik-baik (biasanya di­jadikan pegangan), cara atau kaedah yg teratur utk melakukan sesuatu: ~ pendidikan; ~ pemerintahan; bersistem ada sistemnya, menurut sistem, sistematik; mensistemkan menjadikan bersistem; pensisteman proses menjadikan bersistem. Kamus Dewan Edisi Keempat
sistematik 1. berasaskan atau menurut sistem: ekonomi ialah satu cabang ilmu penge­tahuan yg ~; 2. pengetahuan mengenai se­suatu sistem. Kamus Dewan Edisi Keempat
sistematis IB menurut sistem, berasaskan sesuatu sistem, sistematik. Kamus Dewan Edisi Keempat


DUNIA KATA - KATA HARI INI
"pembuka jalan fikiran"

sesuatu yg menimbulkan kesedaran: petunjuk Allah adalah ~ jalan fikiran dan penyuluh hidup yg sebenar; Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.