CARIAN KATA - KAMUS
Klik kata untuk cadangan lanjut

Bilangan Hasil Carian = 2

KATAMAKNASUMBER
tekak I 1. bahagian langit-langit yg lembut (di sebelah belakang mulut); 2. rongga kerong­kong; 3. ki rasa atau alat perasa (pd mulut); anak ~ anak lidah; kering ~ dahaga, haus; payau (langu) ~ tidak ada selera hendak makan; tidak sedap ~nya a) tidak sedap rasanya (makan­­an); b) tidak ada selera utk makan; umpan ~ makanan utk membangkitkan selera makan; bertekak ki bertengkar, berbalah, berbantah: bagaimana akan kita yakinkan umum akan kebagusan faham sosialis ini, jika kita saling ~ tanpa pokok yg hak; menekak seakan-akan melekat di tekak (rasa): manisnya ~. Kamus Dewan Edisi Keempat
tekak II sl tidak mahu menurut kata, keras kepala, tegar hati, degil. Kamus Dewan Edisi Keempat



©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.