DUNIA KATA - SINOPSIS KAMUS

Kamus Melayu - Inggeris Dewan (KMID) merupakan kamus bahasa Melayu - bahasa Inggeris yang pertama diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan bahasa sumbernya bahasa Melayu dan bahasa sasarannya bahasa Inggeris, KMID disusun untuk membantu penutur bahasa Melayu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.

KMID mengandungi 38 500 entri dan subentri yang terdiri daripada kata umum yang standard dalam bahasa Melayu dan kata teknikal dalam pelbagai bidang. Terdapat lebih daripada 50 000 contoh penggunaan dalam bentuk frasa dan ayat dengan terjemahannya yang idiomatik. Berpandukan contoh penggunaan ini, pengguna dapat menjana ayat baharu dalam bahasa Inggeris.



DUNIA KATA - KATA HARI INI
"menghendap"

merendahkan diri (membong­kok dsb) atau menyembunyikan diri (me­nyorok) supaya tidak kelihatan (dgn maksud hendak mengintai, menangkap, dsb): mereka berjalan ~ melalui pinggir hutan itu; ~ di balik lalang sehelai prb menyem­bunyikan (merahsiakan) sesuatu, tetapi tidak ada gunanya kerana mudah diketahui orang; Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.