DUNIA KATA - BUAL KATA

Kata : tutur nuri
Makna : bahasa yang rosak atau punah disebabkan peminjaman yang melampau atau terlalu banyak kata saduran daripada bahasa lain (terutama pinjaman daripada bahasa asing yang bukan daripada rumpunnya); bahasa yang rosak akibat (padah) peminjaman yang terlampau banyak daripada bahasa lain atau bahasa asing sehingga menyebabkan bahasa itu menjadi rosak, rojak, bercampur aduk serta hilang keasliannya; bahasa yg bercampur aduk dgn bahasa asing sehingga menjadi rosak dan hilang keasliannya, bahasa rojak, bahasa pasar
Contoh Penggunaan : Bahasa Melayu sekarang lebih bersifat tutur nuri disebabkan oleh sesetengah pemimpin yg bersikap acuh tak acuh dengan bahasa ibunda serta ianya juga disebabkan oleh pemimpin yang bersifat terlampau mencintai bahasa asing terutama Inggeris (kononnya Inggeris lebih hebat daripada bahasa Melayu) daripada bahasa sendiri dan itu adalah salah satu punca kerojakan dan kerosakan pada bahasa kita dan ianya juga memadahkan (mengakibatkan) bahasa kita rosak dan punah bukan saja pada masa kini malah ianya juga mungkin terjadi pada masa hadapan. Tidak ada lagi hasil nenek moyang kita yang diperjuangkannya. Jadi, kita sebagai anak bangsa sepatutnya mempertahankan keaslian bahasa kita dan sentiasalah menyeru dan berharap agar pihak pemimpin dan masyarakat yang mencintai bahasa ibunda perlu bersuara dan bersama-sama mempertahankan bahasa ibunda daripada tercemar dengan bahasa asing. Wahai Melayu, wahai anak bangsa yang tercintai! dimanakah kita ketika bahasa Melayu dirosakkan? dimanakah kita ketika bahasa Inggeris diagung-agungkan? adakah ini satu bentuk penjajahan baru?. Kita patut membela nasib bangsa dan bahasa kita. Tanah Melayu ialah tanah milik bangsa Melayu. Bahasa Melayu ialah bahasa kita. Negara kita pernah dijajah oleh bangsa barat dan sekarang adakah mereka mahu menjajah bahasa kita pula?. Kita sebagai bangsa Melayu dan serumpun Melayu (Jawa, Indonesia, Minangkabau, Kadazan, Murut dll) sajalah yang dapat memperjuangkan nasib bangsa dan bahasa kita. Apalah gunanya negara maju sedangkan bahasa kita mundur? Apalah gunanya membesar-besarkan bahasa Inggeris sedangkan bahasa kita rosak, punah dan hina di negeri sendiri? kita patut mencontohi sikap pemimpin, bangsawan serta rakyat Thai dan Cina yang sangat mencintai serta sentiasa menjaga keaslian bahasa mereka. Dan ingatlah, jika hilang bahasa maka hilanglah bangsa dan budaya serta lenyaplah segala hasil titik peluh serta kepandaian sastera dan bahasa leluhur kita yang pernah diperjuangkan dan diagung-agungkan oleh nenek moyang kita pada suatu ketika dahulu. Kalau pemimpin itu mencintai bahasa ibundanya, pasti pemimpin itu dicintai rakyat seluruhnya dan jikalau pemimpin itu adalah daripada kalangan yang tidak (tak) mencintai bahasa ibundanya, nescaya pasti beliau tidak akan dicintai olej rakyat seluruhnya. Pernah berkata seorang pujangga Melayu yang bijaksana; jikalau sesuatu bangsa itu malas, tidak suka berfikir, tak sudi menuntut ilmu, tidak suka membaca maka mereka tidak akan maju, tidak kiralah bahasa apakah yang mereka gunakan. Sedangkan orang Inggeris yang reti dan tahu bahasa bahasa Inggeris dengan baik saja pun, banyak yang tidak maju. Itu menunjukkan bukan bahasa asing yang sebetulnya memajukan sesuatu bangsa itu tapi usaha, kehendak, ilmu, kepandaian, keazaman, kesungguhan dan iltizam sesuatu bangsa itu sendiri. Namun begitu, bahasa juga penting dalam penyebaran maklumat dan budaya dan bahasa pengenal sesuatu bangsa di dunia ini. Setiap bahasa mempunyai keistimewaan dan kebitaraannya (keunikannya) yang tersendiri. Lihat saja di Jepun, sebuah negara maju tapi masih lagi mengamalkan budayanya dan masih lagi menggunakan bahasa ibundanya walaupun dalam perhubungan (komunikasi) sebaran am (media massa) dan walaupun mereka pandai berbahasa Inggeris, mereka tetap saja bercakap dalam bahasa mereka sebab mereka ada kesedaran mencintai bahasa ibunda. Kita patut meneladani (mencontohi sikap) mereka yg mencintai bahasa ibunda. Bahasa Melayu juga pernah menjadi bahasa perantara pada zaman kegemilangannya pada abad ketujuh ketika pemerintahan Raja Seriwijaya. Jadi, tidakkah kita berbangga dengan bahasa kita. Tentu sekali kita sebagai bangsa Melayu sangat berbangga. Perlukah mendewa-dewakan bahasa asing sedangkan bahasa kita terabai dan terhina di negeri sendiri?. Itu sama sekali tidak patut. Kitalah pemula dan kitalah peneraju serta penerus perjuangan nenek moyang kita. Dan ingatlah, perlembagaan negara Malaysia (Tanah Melayu) yang menyatakan "Perkara 152". Perkara 152 itu memperuntukkan bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara atau bahasa kebangsaan negara dan bukannya bahasa Inggeris. Oleh itu, jangan jadikan bahasa kita tutur nuri (bahasa yg rosak akibat peminjaman yg banyak drpd bahasa lain menyebabkan sesebuah bahasa itu menjadi rojak dan rosak keaslian) dan jangan merosakkan bahasa kita dengan mencampuradukkan bahasa kita dengan bahasa asing. Kurangkan peminjaman dan banyakkan berfikir demi bahasa kita supaya bahasa boleh maju bersama-sama.
Asal : tutur (kata, ucapan, perkataan, kalam, bahasa, percakapan, lafaz, sebut) + nuri (sejenis burung yang pandai meniru kata-kata manusia; kakaktua; perling)
Sumber Rujukan : Gagasan Pencinta Bahasa Melayu; Gagasan Mahasiswa dan Mahaguru; Cadangan kata dan makna sendiri; Kamus Dewan dan KBBI (rujukan ejaan, makna dan kata seerti)
Gambar :
Sumbangan : mohamad yusoff
Tarikh : 02-05-2016 02:55:52

PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0  Komen



DUNIA KATA - KATA HARI INI
"penangkap ikan"

nelayan; Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.