DUNIA KATA - BUAL KATA

Kata : koyar
Makna :
Contoh Penggunaan : buku fulskap (1 koyar)
Asal :
Sumber Rujukan : knowledgebase kementerian kewangan
Gambar :
Sumbangan : 870922-12-5184
Tarikh : 04-05-2016 11:38:15

PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
1  Komen
mohamad yusoff: Selamat sejahtera dan maafkan saya, encik 870922-12-5184? apakah maksud kata "koyar" itu? kata "koyar" itu seakan-akan loghat Kelantan iaitu "koya" atau "koyal" yang bermaksud "berlagak; sombong; rasa hebat; termenung, dll dan ianya berakar umbi dari kata "khayal" atau "kayal" dan kata itu berakar umbi pula dari perkataan Arab iaitu "خيال" yg bermaksud "angan-angan; khayalan; bayangan; dll. Baiklah, mari saya beritahu dan beri sedikit maklumat kepada anda berkenaan dengan perkataan "koyar" itu. Baiklah, perkataan "Koyar" itu adalah berasal daripada kata pinjaman Inggeris iaitu "quire" (kata seerti dengan "gross") yang bermaksud "dua puluh empat (helai kertas tulis, dll.)"; atau "dua dozen" atau "gros" atau "basung". Untuk pengetahuan anda, kata "koyar" sudah terdapat dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Iaitu sila layari laman sesawang Kamus DBP : http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=koyar . Untuk pengetahuan anda juga, istilah padanan kata Melayu jati juga sudah ada untuk kata "koyar" iaitu "basung". Kata "basung" juga bermaksud "koyar" atau "dua dozen" atau "dua puluh empat" atau "gros". Sila layari laman sesawang Kamus DBP iaitu : http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=basung . Pada pendapat saya, daripada anda mencadangkan kata pinjaman Inggeris atau kata pinjaman yang sudah ada dalam Kamus DBP, lebih baik anda mencadangkan kata Melayu asli atau kata Melayu jati atau serumpunnya atau serumpun Melayu (Indonesia; Brunei; Minangkabau; Dayak; Murut; dll.) seperti kata "basung"; atau "dwidulas" (akronim/gabungan suku kata daripada dwi dua belas). Kan lebih enak bunyinya dan lebih bersifat keMelayuan. Itu saja maklumat daripada saya. Sekadar berkongsi ilmu. Sekian saja, terima kasih kerana sudi membaca dan memahaminya serta menghayatinya. Maafkan saya dan terima kasih sekali lagi.
04-05-2016 16:38:06



DUNIA KATA - KATA HARI INI
"sepak"

(sépak) pukulan dgn kaki, depak, ten-dangan; ~ raga jaring = ~ takraw sj permainan dgn bola raga yg memakai jaring di tengah gelanggang; ~ sila tendangan dgn bahagian kaki di sebelah dalam; ~ singkar tendangan dgn bahagian kaki sebelar luar; ~ terajang a) tendangan dan pukulan dgn kaki (kerana marah, dlm perkelahian, dll); b) tingkah laku, gerak-ge.... Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.