DUNIA KATA - BUAL KATA

Kata : in vitro
Makna : Satu tindakbalas biokimia yang berlaku dalam satu radas. (English - A biochemical reaction that takes place in an apparatus.)
Contoh Penggunaan : Proses bagi pembangunan daging in vitro melibatkan pengambilan sel-sel otot. (English - The process of developing in vitro meat involves taking muscle cells.)
Asal : Bahasa Latin : in vitro = dalam kaca.
Sumber Rujukan : Carl Schaschke (2014) : A Dictionary of Chemical Engineering. Oxford University Press, United Kingdom.
Gambar :
Sumbangan : Kang Chuen Tat
Tarikh : 22-05-2016 20:21:13

PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
2  Komen
Kang Chuen Tat: Terima kasih ke atas komen anda. (English - Thank you for your comment.)
27-05-2016 19:12:06
mohamad yusoff: Selamat sejahtera dan maafkan saya sekali lagi encik Kang Chuen Tat, saya kira kata Inggeris yang dipinjam daripada bahasa Latin yang anda cadangkan itu sudah pun terdapat dalam Kamus Dewan. Sila layari laman sesawang ini, iaitu : http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=in+vitro . Mengikut pengetahuan saya dan maklumat yang saya dapat serta belajar, sebenarnya kata "in" dalam bahasa Latin bermaksud "di" atau "dalam" manakala "vitro" dalam bahasa Latin pula bermaksud "tabung uji" atau "kaca" dan untuk terjemahan secara harfiah bermaksud "dalam kaca" atau "di dalam kaca". In vitro (daripada/dari bahasa Latin, bererti (berarti) "di dalam kaca") adalah istilah yang dipakai dalam kaji hayat (kaji hidup atau biologi) untuk menyebutkan biakan (kultur) suatu sesarang (sel), jaringan (tisu), atau bahagian (bagian) perkakas tubuh (organ) tertentu di dalam makmal (perujikajian). Istilah ini dipakai kerana kebanyakan biakan (kultur) buatan (tiruan) ini dilakukan di dalam alat-alat makmal yang dibuat (terbuat) daripada (dari/pada) kaca, seperti cawan petri, labu Erlenmeyer, tabung biakan (kultur), buli-buli (botol), dan sebagainya. Biakan (kultur) jaringan (tisu) dan bermacam kepelbagaiannya biasa disebut sebagai pembiakan "dalam kaca" atau "in vitro".. Ungkapan "in vivo" boleh diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai dan berkata seerti dengan "dalam tabung uji"; "dalam makmal"; "luar badan" atau "luar tubuh". Contohnya, dalam ungkapan "in vitro fertilization" boleh diterjemahkan sebagai "persenyawaan tiruan"; "persenyawaan buatan"; "persenyawaan luar rahim"; "persenyawaan luar tubuh"; "persenyawaan luar badan"; "persenyawaan luar jasad"; "persenyawaan dalam makmal"; atau "persenyawaan dalam tabung uji". Itu saja daripada saya, sekadar berkongsi ilmu dan maklumat. Maafkan saya dan terima kasih sekali lagi!
23-05-2016 04:57:11



DUNIA KATA - KATA HARI INI
"mengirik"

memijak: ya Allah, mati badanku dikiriknya!; ~ padi memijak-mijak padi (utk menanggalkan butir-butir padi drpd tangkainya); Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.