DUNIA KATA - BUAL KATA

Kata : in vivo
Makna : Satu tindakbalas biokimia yang berlaku di dalam sel hidup. (English - A biochemical reaction that takes place within the living cell.)
Contoh Penggunaan : Penemuan bagi toksin antraks melalui penggunaan bagi eksperimen-eksperimen in vivo mempunyai satu kesan yang besar. (English - The discovery of anthrax toxin through the use of in vivo experiments had a major impact.)
Asal : Bahasa Latin : in vivo = dalam satu organisma hidup.
Sumber Rujukan : Carl Schaschke (2014) : A Dictionary of Chemical Engineering. Oxford University Press, United Kingdom.
Gambar :
Sumbangan : Kang Chuen Tat
Tarikh : 30-05-2016 02:50:40

PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
4  Komen
mohamad yusoff: Sejahtera, saudara/saudari 002271? pada perkiraan dan pendapat saya (serta pandangan ini juga dipetik dari perkataan seorang pejuang dan pencinta bahasa Melayu), sesebuah istilah atau sesuatu kosa kata yg diciptakan oleh orang-orang kita, seharusnya digunakan dalam bahasa Melayu selagi keaslian istilah atau kosa kata itu terjaga dan terpelihara. Janganlah hanya mengharap-harapkan agar kosa kata dan istilah itu banyak digunakan, maka baru mahu masukkannya ke dalam kamus. Seharusnya perkara seperti itu tidak berlaku. Pokoknya disini, keaslian bahasa Melayu itu yang harus dan wajib dijaga bukannya berapa bilangan penuturnya. Dan janganlah disebabkan sesebuah kosa kata atau istilah itu banyak sinonim atau seertinya maka diubah dan ditukar dgn kosa kata atau istilah yg berbau asing yakni melalui peminjaman bahasa yg bukan serumpun. Janganlah disebabkan bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar dunia sekarang, maka kita sebagai penutur dan pakar sewenang-wenangnya meruntuhkan keasliaan bahasa warisan peninggalan nenek moyang kita. Kita perlu ingat sesuatu bangsa atau bahasa yg suka meminjam daripada bahasa lain boleh atau bakal dianggap sebagai bangsa yg miskin akal dan tidak ada modal utk menciptakan bahasanya sendiri serta bahasanya pula boleh atau baka diaanggap sebagai bahasa pinjaman rekaan atau bahasa miskin yg meminta-minta sedekah daripada istilah dan kosa kata bahasa lain yg bukan serumpun. Pakar bahasa yg tak suka berfikir utk membina bahasanya sendiri malah suka meminjam-minjam daripada bahasa asing yg bukan serumpun boleh diaanggap sebagai pakar bahasa yg miskin akal dan tolol bahasa. Janganlah kita menjadi orang yang bersikap tolol bahasa dan miskin akal, keran kelak kita yg rugi, malu dan menerima padahnya. Oleh itu juga, keaslian bahasa perlu dititikberatkan oleh pakar-pakar bahasa Melayu semoga dengan itu, ianya boleh menjadi penjaga jatidiri bangsa Malaysia dan mencerminkan kebijaksaan pakar-pakarnya dalam mengolah bahasanya tanpa banyak meminjam-minjam dan meminta-minta sedekah daripada istilah dan kosa kata bahasa lain. Jika kita lihat, bahasa Inggeris bukanlah bahasa moden atau mutakhir tapi sebaliknya bahasa Inggeris hanyalah bahasa yg banyak meminjam daripada bahasa Eropah yg lain seperti bahasa Latin Kuno, Grik, Perancis dan lain sebagainya. Sebab-sebab bahasa Inggeris kaya dgn kosa kata dan istilah selain daripada peminjaman adalah kerana kebijaksanaan pakar-pakar bahasanya dalam mengembangkan, mengolah dan membina kosa kata dan istilahnya sendiri. Maka kebijaksaan itu yang patut kita ikuti bukannya peminjaman semata-mata. Peminjaman yg terlampau banyak juga, boleh menyebabkan bahasa kita rosak keasliaanya dan hilang mutu bahasanya serta boleh dianggap sebagai bahasa rekaan yg tidak memiliki nilai dan keberdayaciptaannya kerana terlalu asyik meminjam-minjam bagaikan peniaga yg kehabisan modal utk perniagaannya, yg seterusnya membawanya kepada kemuflisan dan miskin melarat yg tak berkesudahan. Kata-kata itu, saya ambil daripada petikan kata daripada seorang pejuang dan pencinta bahasa Melayu yg kecewa dgn perkembangan bahasa melayu yg hilang keasliaan bahasanya yg merupakan kayu ukur bagi menilai mutunya. Bak kata pejuang dan pencinta bahasa Melayu, ''nilai dan mutu sesuatu bahasa itu terletak pada keasliaannya dan sifat ketidakbergantungan kepada bahasa lain''. Janganlah dianggap kata-kata itu sebagai sindiran tapi anggaplah kata-kata itu sebagai nasihat utk memperbaiki kelemahan. Sekian, maafkan saya dan terima kasih sekali lagi kerana setia membaca tulisan saya! sekadar berkongsi ilmu dan mencurahkan pendapat. #petikan kata dan nasihat daripada seorang pejuang dan pencinta bahasa Melayu.
19-10-2016 03:08:55
002271: sebetulnya saya hendak bersetuju dengan dua-dua pengguna, encik Kang dan encik mohamad. sefaham saya yg juga sedang mendalami ilmu bahasa, kita tak salah meminjam tetapi hendaklah disempitkan dalam konteks istilah. rata-rata penutur bahasa Melayu tidak merujuk cara penggunaan kamus. kamus hanya merakam perkataan yg berbentuk kata umum jika sudah kerap diujarkan/digunakan. kalau nak kamus rakam istilah, kena semak jika sudah banyak digunakan oleh penutur awam. jika tidak, eloklah cadangkan kpd penggubal/penerbit istilah, dalam kamus tidak sesuai.
14-10-2016 17:34:24
Kang Chuen Tat: Terima kasih ke atas komen anda. (English - Thank you for your comment.)
12-06-2016 20:47:39
mohamad yusoff: Selamat sejahtera dan maafkan saya encik Kang Chuen Tat, suka saya katakan bahawa istilah pinjamin Latin itu sudah terdapat dalam Kamus Dewan. Sila layari laman sesawang inj iaitu : http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=in+vivo . Untuk pengetahuan anda juga, istilah "in vivo ialah berasal dari bahasa Latin yang membawa maksud "berlaku di dalam tubuh makhluk hidup". Saya kira padanan kata untuk istilah "in vivo" lebih sesuai dan lebih molek sekiranya dipadankan dengan kata Melayu jatinya iaitu "dalam tubuh"; "di dalam tubuh"; atau "di badan" sebab itulah maksudnya yang sebenar.
07-06-2016 05:00:42



DUNIA KATA - KATA HARI INI
"suguh"

Jw; menyuguhi 1. memberi makanan kpd (tetamu), menjamu, memperjamu: ia disilakan singgah ke dlm toko dan disuguhi minuman yg mahal dan lazat; 2. ki me­ngemukakan (sesuatu) kpd, menonjolkan (sesuatu) kpd; menyuguhkan 1. menyediakan (menghi­dangkan, menyajikan) makanan: sementara pembicaraan itu berlangsung, seorang perajurit Jepun berengsot ~ air te.... Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.