DUNIA KATA - BUAL KATA

Kata : miskin akal
Makna : kurang berilmu, kurang pengetahuan, otak lembu, tidak pandai, kurang pelajaran, kurang pandai, tiada modal untuk berfikir, pendek akal, tidak suka memikir, tidak suka berfikir, tak sudi memikir, kecil akal, bodoh, kurang kepandaian, tidak ada sifat keberdayaciptaan, tak kaya akal, dll.
Contoh Penggunaan : Sesebuah istilah atau sesuatu kosa kata yg diciptakan oleh orang-orang kita, seharusnya digunakan dalam bahasa Melayu selagi keaslian istilah atau kosa kata itu terjaga dan terpelihara. Janganlah hanya mengharap-harapkan agar kosa kata dan istilah itu banyak digunakan, maka baru mahu masukkannya ke dalam kamus. Seharusnya perkara seperti itu tidak berlaku. Pokoknya disini, keaslian bahasa Melayu itu yang harus dan wajib dijaga bukannya berapa bilangan penuturnya. Dan janganlah disebabkan sesebuah kosa kata atau istilah itu banyak sinonim atau seertinya maka diubah dan ditukar dgn kosa kata atau istilah yg berbau asing yakni melalui peminjaman bahasa yg bukan serumpun. Janganlah disebabkan bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar dunia sekarang, maka kita sebagai penutur dan pakar sewenang-wenangnya meruntuhkan keaslian bahasa warisan peninggalan nenek moyang kita. Kita perlu ingat sesuatu bangsa atau bahasa yg suka meminjam daripada bahasa lain boleh atau bakal dianggap sebagai bangsa yg miskin akal dan tidak ada modal utk menciptakan bahasanya sendiri serta bahasanya pula boleh atau bakal dianggap sebagai bahasa pinjaman rekaan atau bahasa miskin yg meminta-minta sedekah daripada istilah dan kosa kata bahasa lain yg bukan serumpun. Pakar bahasa yg tak suka berfikir utk membina bahasanya sendiri malah suka meminjam-minjam daripada bahasa asing yg bukan serumpun boleh dianggap sebagai pakar bahasa yg tolol bahasa dan juga bakal dianggap kekurangan modal serta keberdayaciptaan dalam membina bahasa. Janganlah kita menjadi orang yang bersikap tolol bahasa dan miskin akal, kerana kelak kita yg rugi, malu dan menerima padahnya. Oleh itu juga, keaslian bahasa perlu dititikberatkan oleh pakar-pakar bahasa Melayu semoga dengan itu, ianya boleh menjadi penjaga jatidiri dan maruah bangsa Malaysia serta mencerminkan kebijaksanaan pakar-pakarnya dalam mengolah dan membina bahasanya tanpa perlu banyak meminjam-minjam dan meminta-minta sedekah daripada istilah dan kosa kata bahasa lain yg bukan serumpun. Jika kita lihat, bahasa Inggeris bukanlah bahasa moden atau mutakhir tapi sebaliknya bahasa Inggeris hanyalah bahasa yg banyak meminjam daripada bahasa Eropah yg lain seperti bahasa Latin Kuno, Grik, Perancis dan lain sebagainya. Sebab-sebab bahasa Inggeris kaya dgn kosa kata dan istilah selain daripada peminjaman adalah kerana kebijaksanaan pakar-pakar bahasanya dalam mengembangkan, mengolah dan membina kosa kata dan istilahnya sendiri. Maka kebijaksanaan itu yang patut kita ikuti, bukannya peminjaman semata-mata. Peminjaman yg terlampau banyak juga, boleh menyebabkan bahasa kita rosak dan punah keasliannya serta hilang mutu bahasanya dan boleh dianggap sebagai bahasa rekaan pinjaman yg tidak memiliki nilai dan keberdayaciptaannya kerana terlalu asyik meminjam-minjam bagaikan peniaga yg kehabisan modal utk perniagaannya, yg seterusnya membawanya kepada kemuflisan dan miskin melarat yg tak berkesudahan. Jika dilihat sekarang, bahasa Melayu sudah kehilangan 80 peratus keasliannya kerana sikap sesetengah ahli bahasa yg kurang mengambil berat soal mutu keaslian bahasanya. Masalah, bala dan malapetaka ini boleh dicegah jika ahli-ahli bahasa, cendekiawan, bangsawan, warganegara dan pakar-pakar serta kerajaan berganding bahu menjaga keaslian bahasa Melayu dari sekarang. Kata-kata ini, diambil daripada petikan kata dan nasihat daripada seorang pejuang dan pencinta bahasa Melayu yg kecewa dgn perkembangan bahasa melayu yg hilang keaslian bahasanya. Keaslian bahasa merupakan kayu ukur bagi menilai mutunya. Bak kata pejuang dan pencinta bahasa Melayu, ''nilai dan mutu sesuatu bahasa itu terletak pada keasliaannya dan sifat ketidakbergantungan istilah dan kosa katanya kepada bahasa lain''. Janganlah dianggap kata-kata itu sebagai sindiran tapi anggaplah kata-kata itu sebagai nasihat utk memperbaiki kelemahan dan kekurangan. Moga bahasa kita terus maju dan jaya selamanya.
Asal : miskin (melarat, susah, kedana, papa, fakir, pakir, merana, daif, daip, makan pasir, dll) + akal (budi, kebijaksanaan, fikiran, buah fikiran, kiraan, gagasan, cita, dll) = kata nama pemajmukan
Sumber Rujukan : Gagasan Pencinta dan Pejuang bahasa Melayu, Gagasan Mahasiswa dan Mahaguru, Kamus DBP dan KBBI (rujukan kata seerti, dll), Cadangan kata dan makna sendiri
Gambar :
Sumbangan : mohamad yusoff
Tarikh : 19-10-2016 08:00:08

PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0  Komen



DUNIA KATA - KATA HARI INI
"menghendap"

merendahkan diri (membong­kok dsb) atau menyembunyikan diri (me­nyorok) supaya tidak kelihatan (dgn maksud hendak mengintai, menangkap, dsb): mereka berjalan ~ melalui pinggir hutan itu; ~ di balik lalang sehelai prb menyem­bunyikan (merahsiakan) sesuatu, tetapi tidak ada gunanya kerana mudah diketahui orang; Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.