DUNIA KATA - BUAL KATA

Kata : Swafoto
Makna : Tangkap gambar sendiri
Contoh Penggunaan : Aminah suka swafoto di tempat-tempat menarik.
Asal : Selfie
Sumber Rujukan : Dbp
Gambar :
Sumbangan : HARLINDA SISC BM
Tarikh : 27-11-2016 10:22:57

PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
5  Komen
AFU76: Salam DBP, nak tanya. Adakah dengan penggunaan timer dalam handphone dikira sebagai swafoto. Mengikut istilah wikipedia, swafoto adalah dengan menggunakan tangan atau pemegang kayu khas pada jarak satu lengan dan bukan menggunakan pemasa (timer). Mohon pencerahan segera daripada DBP.
08-01-2020 01:57:43
mohamad yusoff: Sejahtera, encik/ cik HARLINDA SISC BM??? saya mohon maaf kerana mencelah, saya rasa istilah itu sudah pun dicadangkan dan diusulkan oleh Muhammad Aqil Rifqi Bin Mohame, pada 07-11-2016 17:14:47. Saya rasa rujukan anda kurang tepat kerana tidak ada istilah "swafoto" dalam DBP. Jika anda tidak percaya, silakan anda mencari sendiri dalam kamus DBP dan KBBI. Anda akan mendapati bahawa kata "swafoto" tidak wujud. Saya juga rasa rujukan yg dicari oleh Muhammad Aqil Rifqi Bin Mohame adalah lebih tepat kerana beliau mencari sumber rujukannya dalam internet (antarajaring), bukan dalam kamus DBP atau KBBI. Anda melihat kembali cadangan Muhammad Aqil Rifqi Bin Mohame di ruangan cadangan-cadangan kata. Saya rasa cadangannya lebih bernas tapi seperti yg saya katakan, saya kurang setuju jika kata "foto" itu digandingkan dgn kata "swa" kerana bahasa Melayu sudah mempunyai istilah itu, iaitu "citra", "gambar", "citera", "arca", "reca" dan sebagainya. Apa salahnya, jika digandingkan dgn istilah yg lebih bersifat Melayu itu. Seperti, "swagambar", "swacitra", "swacitera", "swarca", "swaarca", "swareca" dan sebagainya. Tidakkah kata itu lebih bersifat Melayu? bahasa Melayu itu kaya dgn kosa kata, maka jgn kita miskinkannya dgn kata pinjaman Inggeris. Ini ulasan (komen) saya, izinkan saya kongsikan, pada pendapat saya cadangan anda sangat bagus tapi semoleknya kata "foto" itu digugurkan dalam kata "swafoto" itu kerana "foto" ialah bahasa pinjaman Inggeris atau Eropah yang mencacatkan keaslian bahasa Melayu. Apa salahnya jika disebut "swagambar" atau "swacitera", "gambar sendiri", atau "swarca" yang semuanya adalah membawa maksud "swafoto", "selfie", "self-portrait". Untuk pengetahuan anda istilah "swafoto" ialah istilah yang berasal dari Indonesia yang dicipta oleh pakar bahasa Indonesia sendiri. Untuk pengetahuan anda juga, istilah "swafoto" jarang mendapat tempat di kalangan masyarakat Indonesia dan penuturnya kerana sikap ahli bahasa yang tidak mengiktiraf, tidak menggunakan, tidak merasmikan serta tidak memasukkannya ke dalam kamus besar bahasa Indonesia. Disebabkan sikap mereka itu, penutur-penutur bahasa Indonesia tidak bersemangat dan tidak yakin untuk menuturkan istilah itu. Padahal, istilah "swafoto" itu sangat tepat dengan istilah "selfie" dalam bahasa Inggeris. Mengikut Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan (Kemendikbud), ‘selfie’ dalam terjemahan Bahasa Indonesia adalah ‘swafoto’. Kita tak pernah mendengar kata itu sebelumnya sebab itulah, Kemendikbud sangat perihatin dengan kenyataan ‘swafoto’ tidak semasyhur ‘selfie’. Ketua Pusat Pembinaan Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Kemendikbud, Gufran Ali Ibrahim, menilai masyarakat kita sudah terbiasa meletakkan kedudukan bahasa Inggeris di atas bahasa Indonesia. Padahal, mengikut Gufran, kita boleh mulai dari hal kecil seperti menggunakan kata ‘swafoto’. Pada pendapat saya, istilah cadangan anda sangat bagus tapi seeloknya kata "foto" itu digugurkan dan digantikan dengan "gambar", "citera", "citra", atau "arca". Contohnya, "swagambar", "swacitera", "swacitra", atau "swarca". Hal itu boleh mencerminkan jati diri masyarakat Nusantara dan ia juga dapat mencerminkan pembinaan keaslian, ketahanan keaslian, keutuhan keaslian, dan kekukuhan jati diri bahasa Melayu walaupun zaman silih berganti. Sekadar berkongsi maklumat dan meluahkan pendapat. Maafkan saya dan terima kasih kerana sudi membaca dan menghayatinya, assalamualaikum dan tabik!
30-11-2016 05:41:34
mieyya: setuju
29-11-2016 17:06:38
002271: setuju.
29-11-2016 08:46:52
MDARIF: SETUJU.
28-11-2016 10:15:02



DUNIA KATA - KATA HARI INI
"buah gumai"

sj tumbuhan (pokok), balam cubadak, gamai, nyatuh (bunga tanjung), taban bunga, Lucuma (Sideroxylon) maingayi. Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.