DUNIA KATA - BUAL KATA

Kata : Swafoto
Makna :
Contoh Penggunaan : Dia swafoto dengan kawannya
Asal : Selfie
Sumber Rujukan : Kamus dewan
Gambar :
Sumbangan : Idahassan
Tarikh : 04-12-2016 05:43:42

PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
1  Komen
mohamad yusoff: Sejahtera, encik/ cik Idahassan??? saya mohon maaf kerana mencelah, saya rasa istilah itu sudah pun dicadangkan dan diusulkan oleh Muhammad Aqil Rifqi Bin Mohame, pada 07-11-2016 17:14:47. Saya rasa rujukan anda kurang tepat kerana tidak ada istilah "swafoto" dalam DBP. Jika anda tidak percaya, silakan anda mencari sendiri dalam kamus DBP dan KBBI. Anda akan mendapati bahawa kata "swafoto" tidak wujud. Saya juga rasa rujukan yg dicari oleh Muhammad Aqil Rifqi Bin Mohame adalah lebih tepat kerana beliau mencari sumber rujukannya dalam internet (antarajaring), bukan dalam kamus DBP atau KBBI. Anda boleh melihat kembali cadangan Muhammad Aqil Rifqi Bin Mohame di ruangan cadangan-cadangan kata. Saya rasa cadangannya lebih bernas tapi seperti yg saya katakan, saya kurang setuju jika kata "foto" itu digandingkan dgn kata "swa" kerana bahasa Melayu sudah mempunyai istilah itu, iaitu "citra", "gambar", "citera", "arca", "reca" dan sebagainya. Apa salahnya, jika digandingkan dgn istilah yg lebih bersifat Melayu itu. Seperti, "swagambar", "swacitra", "swacitera", "swarca", "swaarca", "swareca" dan sebagainya. Tidakkah kata itu lebih bersifat Melayu? bahasa Melayu itu kaya dgn kosa kata, maka jgn kita miskinkannya dgn kata pinjaman Inggeris. Ini ulasan (komen) saya, izinkan saya kongsikan, pada pendapat saya cadangan anda sangat bagus tapi semoleknya kata "foto" itu digugurkan dalam kata "swafoto" itu kerana "foto" ialah bahasa pinjaman Inggeris atau Eropah yang mencacatkan keaslian bahasa Melayu. Apa salahnya jika disebut "swagambar" atau "swacitera", "gambar sendiri", atau "swarca" yang semuanya adalah membawa maksud "swafoto", "selfie", "self-portrait". Untuk pengetahuan anda istilah "swafoto" ialah istilah yang berasal dari Indonesia yang dicipta oleh pakar bahasa Indonesia sendiri. Untuk pengetahuan anda juga, istilah "swafoto" jarang mendapat tempat di kalangan masyarakat Indonesia dan penuturnya kerana sikap ahli bahasa yang tidak mengiktiraf, tidak menggunakan, tidak merasmikan serta tidak memasukkannya ke dalam kamus besar bahasa Indonesia. Disebabkan sikap mereka itu, penutur-penutur bahasa Indonesia tidak bersemangat dan tidak yakin untuk menuturkan istilah itu. Padahal, istilah "swafoto" itu sangat tepat dengan istilah "selfie" dalam bahasa Inggeris. Mengikut Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan (Kemendikbud), ‘selfie’ dalam terjemahan Bahasa Indonesia adalah ‘swafoto’. Kita tak pernah mendengar kata itu sebelumnya sebab itulah, Kemendikbud sangat perihatin dengan kenyataan ‘swafoto’ tidak semasyhur ‘selfie’. Ketua Pusat Pembinaan Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Kemendikbud, Gufran Ali Ibrahim, menilai masyarakat kita sudah terbiasa meletakkan kedudukan bahasa Inggeris di atas bahasa Indonesia. Padahal, mengikut Gufran, kita boleh mulai dari hal kecil seperti menggunakan kata ‘swafoto’. Pada pendapat saya, istilah cadangan anda sangat bagus tapi seeloknya kata "foto" itu digugurkan dan digantikan dengan "gambar", "citera", "citra", atau "arca". Contohnya, "swagambar", "swacitera", "swacitra", atau "swarca". Hal itu boleh mencerminkan jati diri masyarakat Nusantara dan ia juga dapat mencerminkan pembinaan keaslian, ketahanan keaslian, keutuhan keaslian, dan kekukuhan jati diri bahasa Melayu walaupun zaman silih berganti. Saya akan kongsikan istilah yg lebih bersifat Melayu spt yg saya cadangkan tadi sebagai tanda menghormati bahasa kebangsaan kita dan sebagai tanda memelihara keaslian bahasa warisan nenek moyang kita. Sekadar berkongsi maklumat dan meluahkan pendapat. Maafkan saya dan terima kasih kerana sudi membaca dan menghayatinya, assalamualaikum dan tabik!
05-12-2016 03:38:24



DUNIA KATA - KATA HARI INI
"menghendap"

merendahkan diri (membong­kok dsb) atau menyembunyikan diri (me­nyorok) supaya tidak kelihatan (dgn maksud hendak mengintai, menangkap, dsb): mereka berjalan ~ melalui pinggir hutan itu; ~ di balik lalang sehelai prb menyem­bunyikan (merahsiakan) sesuatu, tetapi tidak ada gunanya kerana mudah diketahui orang; Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.