DUNIA KATA - BUAL KATA

Kata : swacitra
Makna : 1. gambar sendiri; swagambar; gambar diri sendiri seseorang yg diambil dgn penangkap gambar (kamera); swacitera; swarca; swaarca; swareca; swarupa; sejenis gambar diri yang diambil sendiri dengan menggunakan penangkap gambar (kamera) jarian (digital) atau durasuara (telepon) berpenangkap gambar (berkamera); 2. "berswacitra" ~ mengambil gambar diri sendiri (dgn alat penangkap gambar atau kamera); berswagambar; 3. "menswacitra ~ memgambil gambar diri sendiri (dgn alat penangkap gambar atau kamera); menswagambar 4. "menswacitrakan" ~ mempengaruhi seseorang untuk berswacitra atau menswacitra; menggalakkan seseorang utk berswacitra; menjadikan seseorang minat utk berswacitra; membuatkan seseorang terpengaruh utk berswacitra atau menswacitra; menswagambarkan. 5) "penswacitraan" ~ pengambilan, penangkapan atau pemukulan gambar diri seseorang yg diambil oleh dirinya sendiri; penswagambaran. 6) "penswacitra" ~ orang yg berswacitra atau swagambar; orang yg suka mengambil gambar dirinya sendiri 7) "siswacitra" ~ orang yg berswacitra atau berswagambar; orang yg suka mengambil gambar dirinya sendiri (Terjemahan dan padanan kata "swacitra" dalam bahasa Inggeris ialah: "selfie"; "self-potrait"; "selca" (in Korea); "self camera" (in Korea); "a picture or photo taken of a person by that person"; etc.) (Padanan tulisan Jawi ialah "سواچيترا".)
Contoh Penggunaan : 1) Swacitra itu nampak dan kelihatan cantik kerana sudah disunting oleh Kurmanisya. 2) Agia Arissa suka berswacitra setiap masa. 3) Wan Manisa sangat suka menswacitra di tempat-tempat yg indah. 4) Siti Nur Emilia amat suka menswacitrakan kawan-kawan. 5) Anid Arsyad mengabadikan dirinya dengan penswacitraan. 6) Rasya dianggap sebagai seorang penswacitra kerana sikapnya yg suka berswacitra sepanjang malam. 7) Siswacitra-siswacitra itu dianggap kurang percaya dgn kecantikan dirinya sendiri atau boleh juga dianggap sebagai seseorang yg suka menunjuk-nunjuk kecantikannya atau berbagai-bagai bidasan yg dilontarkan kepada mereka tapi tetap saja mereka berswacitra kerana itu tidak menjadi kesalahan malah hal itu sudah dianggap sebagai ikutan atau arah aliran semasa.
Asal : swa (diri; sendiri; kendiri; mandiri; dikari; auto; dll) + citra (citera; gambar; imej; foto; arca; reca; lukisan; rajah; dll) = swacitra (kata nama pemajmukan dan pengimbuhan dgn kata awalan)
Sumber Rujukan : Gagasan dan Ilham Pejuang dan Pencinta bahasa Melayu; Gagasan Mahasiswa dan Mahaguru; Cadangan kata dan makna sendiri; Kamus bahasa Asing (utk mencari ilham), Kamus DBP dan KBBI (rujukan kata seerti, dll), Kamus Inggeris (pemadanan kata, kata seerti, dll)
Gambar :
Sumbangan : mohamad yusoff
Tarikh : 05-12-2016 04:57:38

PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0  Komen



DUNIA KATA - KATA HARI INI
"menghendap"

merendahkan diri (membong­kok dsb) atau menyembunyikan diri (me­nyorok) supaya tidak kelihatan (dgn maksud hendak mengintai, menangkap, dsb): mereka berjalan ~ melalui pinggir hutan itu; ~ di balik lalang sehelai prb menyem­bunyikan (merahsiakan) sesuatu, tetapi tidak ada gunanya kerana mudah diketahui orang; Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.