mohamad yusoff: Waalaikumussalam Tuan/ Encik Putera Edir, saya sekadar berkongsi maklumat dan pandangan. Sebenarnya perbezaan antara "swafoto" dan "swacitra" adalah dari segi asal dan penggunaan istilahnya, bukan dari segi maksud kerana seperti mana yg kita sedia maklum, kata "foto" itu berasal drpd bahasa asing yg bukan serumpun dan istilah "foto" itu sedikit sebanyak merosakkan bunyi jati dan keaslian bahasa ibunda kita yakni bahasa Melayu. Jika kita lihat, dari segi ertinya pula, istilah-istilah itu tidaklah berbeza kerana istilah "swafoto" dan "swacitra" mempunyai maksud yg sama iaitu "selfie" dlm bahasa Inggerisnya. Atas rasa cinta saya kpd bahasa kebangsaan kita, saya rasa bertanggungjawab utk mempertahankan istilah-istilah asli dan jati dlm bahasa ibunda Melayu yg kini semakin dilupai oleh bangsa kita sendiri. Terima kasih kerana sudi membaca dan menghayati tulisan saya. Assalamualaikum dan tabik! |
08-12-2016 15:01:50 |
|
|
putera edir: assalamualaikum tuan mohamad yusoff.. terima kasih di atas perkongsian yang penuh manfaat ini. Dan saya telah baca pencerahan tuan tentang perbezaan kata swafoto dan swacitra. Kini baru saya faham. Terima kasih |
08-12-2016 10:57:27 |
|
|