DUNIA KATA - BUAL KATA

Kata : palilalia
Makna : Satu gangguan percakapan yang dicirikan pengulangan bagi suku-suku kata, perkataan-perkataan atau frasa-frasa yang tak sukarela. (English - A speech disorder characterised by the involuntary repetition of syllables, words or phrases.)
Contoh Penggunaan : Palilalia berlaku paling biasa dalam sindrom Tourette. (English - Palilalia occurs most commonly in Tourette syndrome.)
Asal : Bahasa Yunani : (palin = lagi) + (lalia = ucapan).
Sumber Rujukan : http://en.wikipedia.org/wiki/Palilalia
Gambar :
Sumbangan : Kang Chuen Tat
Tarikh : 01-02-2017 19:47:20

PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
4  Komen
Kang Chuen Tat: Terima kasih bagi komen anda. (English - Thank you for your comment.)
15-02-2021 14:08:19
mohamad yusoff: Sejahtera, encik Kang Chuen Tat, terima kasih atas pencerahannya! seperti apa yg saya dapati dlm sumber Antarajaring (Internet) mentakrifkan istilah "palilalia" sebagai "Syndrom Tourette" dan juga disebut sebagai "penyakit Tourette", "syndrom Gilles de la Tourette", "GTS" atau "Tourette" atau "TS" adalah penyakit saraf kejiwaan (neuropsychiatric) yang membuatkan seseorang mengeluarkan ucapan atau gerakan yang sendiri (spontan) yg dipanggil "gerenyet" ("tic") tanpa terkawal. Penyakit ini diwariskan secara turun-temurun dan sering dikaitkan dengan pengeluaran ucapan kata-kata kotor, kasar, atau menghina yang tak dapat ditahan (coprolalia), namun gejala ini hanya ada pada beberapa orang yang menghidap "penyakit Tourette". "Syndrom Tourette" bukan lagi merupakan keadaan yang jarang, namun tidak selalu digolongkan secara tepat dek sebahagian besar "syndrom Tourette" merupakan gelejala (sindrom) yang ringan dan gerenyet (tic) yang dikeluarkan berkurang ketika anak beranjak dewasa. Antara 0,4% hingga 3,8% anak yang berusia antara 5 hingga 18 tahun mungkin menghidap "sindrom Tourette". "Syndrom Tourette" yang melampau pada orang dewasa jarang ditemui, dan gelejala (sindrom) ini tidak mempengaruhi kecerdasan atau harapan seseorang utk hidup. Dek kerana, "palilalia" seakan-akan gagap, tidak salah kata itu digunakan dan diubahsuai dgn penggunaan dan penambahan imbuhan sisipan supaya dpt membezakannya dan memberi makna baru. Begitu juga dgn "swalatah". Sekadar berkongsi ilmu dan pendapat. Terima kasih sekali lagi!
07-02-2017 21:43:21
Kang Chuen Tat: Terima kasih bagi komen anda. (English - Thank you for your comment.)
06-02-2017 18:11:25
mohamad yusoff: Sejahtera, encik Kang Chuen Tat, Kata "palilalia" sudah terdapat dlm kamus DBP. Utk pengetahuan anda, kata "palilalia" ialah kata daripada bahasa asing yg bermaksud "pengulangan kata-kata sendiri", "pengulangan ucapan sendiri", "gangguan ucapan yg dicirikan dgn pengulangan perkataan, ungkapan atau ayat secara paksa", dan lebih suka saya cadangkan dan padankan dgn perkataan yg lebih bersifat Melayu seperti "swalatah" atau "gelagap". Sekian, sekadar berkongsi maklumat dan pandangan. Maafkan saya dan terima kasih!
03-02-2017 02:24:59



DUNIA KATA - KATA HARI INI
"penangkap ikan"

nelayan; Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.