DUNIA KATA - BUAL KATA

Kata : pemberangkaan
Makna : pendigitalan; pendigitan; pengangkaan; olah (proses) atau perbuatan memberangkakan (mendigitalkan); olah (proses) (perihal, perbuatan dsb) memberangkakan (mendigitalkan). [Terjemahan dan padanan kata "pemberangkaan" dlm bahasa Inggeris ialah: "digitalization"; "digitalisation"; "digitization"; "digitisation"; etc.] (Padanan tulisan Melayu-Arab/ Jawi ialah: "ڤمبراڠکأن") {Padanan tulisan Rencong/ tulisan Melayu purba dan juga padanan tulisan Rumi serta Jawi: sila rujuk dlm gambar di bawah}
Contoh Penggunaan : 1) Tatacara pemberangkaan bahan kintaka (arkib). 2) Pemberangkaan bahan pandang dengar (audiovisual) merupakan suatu kaedah atau olah (proses) yang digunakan untuk menghasilkan salinan berangka (digital) daripada bahan kintaka (arkib) jasmani (fizikal) yang terdiri daripada jalur (pita) celitera (video), piring hitam, jalur (pita) rakaman dan cakera padat serta gambar. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab Arkib (Kintaka) Negara Malaysia (ANM) untuk memastikan himpunan-himpunan (koleksi–koleksi) bahan pandang dengar (audiovisual) ini kekal terpelihara sepanjang zaman. Arkib (Kintaka) Negara Malaysia adalah penyimpan dan pemelihara khazanah negara. Pemeliharaan catatan (rekod) dan bahan kintaka (arkib) menjadi tanggungjawab ANM daripada bencana dan kerosakan. Sehubungan dengan itu ANM telah mengambil ketiar (inisiatif) dengan mewujudkan (merealisasikan) satu Tatacara (Prosedur) Pemberangkaan (Pendigitalan) Bahan Pandang Dengar (Audiovisual) yang merangkumi tatacara pemberangkaan dengan mengambil kira kaedah dan olah (proses) kerja yang dirasakan (difikirkan) kena (sesuai) untuk diguna pakai sebelum memulakan kegiatan (aktiviti) pemberangkaan (pendigitalan). Justeru, adalah menjadi tanggungjawab ANM untuk memastikan kegiatan pemberangkaan yang dijalankan dirancang dan diuruskan secara teratur (sistematik) dan mengikut PPBA yang telah ditetapkan. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyediakan Tatacara Pemberangkaan Bahan Pandang Dengar (Prosedur Pendigitalan Material Audiovisual) ini. Diharapkan supaya olah (proses) kerja yang telah disuratkan (didokumenkan) dalam tatacara ini dapat diterapkan (dipraktikkan) dengan jayanya.
Asal : angka (digit; nombor; bilangan; terbitan; keluaran; jumlah; mata; nilai; pangkat; dll) + imbuhan apitan pember-an = pemberangkaan (kata nama berimbuhan apitan)
Sumber Rujukan : Gagasan dan Ilham Pejuang serta Pencinta Bahasa Melayu, Gagasan Mahasiswa dan Mahaguru, Kamus DBP dan KBBI (rujukan kata seerti, dll), Kamus Inggeris, Cadangan kata dan Ilham sendiri, http://www.ump.edu.my/edasar/pendaftar/doc/pengurusanrekod/rekod/Prosed
Gambar :
Sumbangan : mohamad yusoff
Tarikh : 25-02-2017 01:44:01

PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0  Komen



DUNIA KATA - KATA HARI INI
"penangkap ikan"

nelayan; Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.