Kata |
: |
pemberangkaan |
Makna |
: |
pendigitalan; pendigitan; pengangkaan; olah (proses) atau perbuatan memberangkakan (mendigitalkan); olah (proses, perihal, perbuatan dsb) memberangkakan (mendigitalkan).
[Terjemahan dan padanan kata "pemberangkaan" dlm bahasa Inggeris ialah: "digitalization"; "digitalisation"; "digitization"; "digitisation"; etc.]
(Padanan tulisan Melayu-Arab/ Jawi ialah: "ڤمبراڠکأن".)
{Padanan tulisan Rencong/ tulisan Melayu purba dan juga padanan tulisan Rumi serta Jawi: sila rujuk dlm gambar di bawah.} |
Contoh Penggunaan |
: |
1) Tatacara pemberangkaan bahan kintaka (arkib).
2) Pemberangkaan bahan pandang dengar (audiovisual) merupakan suatu kaedah atau olah (proses) yang digunakan untuk menghasilkan salinan berangka (digital) daripada bahan kintaka (arkib) jasmani (fizikal) yang terdiri daripada jalur (pita) celitera (video), piring hitam, jalur (pita) rakaman dan cakera padat serta gambar. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab Arkib (Kintaka) Negara Malaysia (ANM) untuk memastikan himpunan-himpunan (koleksi–koleksi) bahan pandang dengar (audiovisual) ini kekal terpelihara sepanjang zaman. Arkib (Kintaka) Negara Malaysia adalah penyimpan dan pemelihara khazanah negara. Pemeliharaan catatan (rekod) dan bahan kintaka (arkib) menjadi tanggungjawab ANM daripada bencana dan kerosakan. Sehubungan dengan itu ANM telah mengambil ketiar (inisiatif) dengan mewujudkan (merealisasikan) satu Tatacara (Prosedur) Pemberangkaan (Pendigitalan) Bahan Pandang Dengar (Audiovisual) yang merangkumi tatacara pemberangkaan dengan mengambil kira kaedah dan olah (proses) kerja yang dirasakan (difikirkan) kena (sesuai) untuk diguna pakai sebelum memulakan kegiatan (aktiviti) pemberangkaan (pendigitalan). Justeru, adalah menjadi tanggungjawab ANM untuk memastikan kegiatan pemberangkaan yang dijalankan dirancang dan diuruskan secara teratur (sistematik) dan mengikut PPBA yang telah ditetapkan. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyediakan Tatacara Pemberangkaan Bahan Pandang Dengar (Prosedur Pendigitalan Material Audiovisual) ini. Diharapkan supaya olah (proses) kerja yang telah disuratkan (didokumenkan) dalam tatacara ini dapat diterapkan (dipraktikkan) dengan jayanya. |
Asal |
: |
angka (digit; nombor; bilangan; terbitan; keluaran; jumlah; mata; nilai; pangkat; dll) + imbuhan apitan pember-an = pemberangkaan (kata nama berimbuhan apitan) |
Sumber Rujukan |
: |
Gagasan dan Ilham Pejuang serta Pencinta Bahasa Melayu, Gagasan Mahasiswa dan Mahaguru, Kamus DBP dan KBBI (rujukan kata seerti, dll), Kamus Inggeris, Cadangan kata dan Ilham sendiri, http://www.ump.edu.my/edasar/pendaftar/doc/pengurusanrekod/rekod/Prosed |
Gambar |
: |
|
Sumbangan |
: |
mohamad yusoff |
Tarikh |
: |
25-02-2017 01:51:32 |
|