DUNIA KATA - BUAL KATA

Kata : salinan maya
Makna : Salinan maya = "softcopy" "Hardcopy" merujuk kepada salinan/maklumat bercetak. "Softcopy" pula merujuk kepada salinan/maklumat yang tidak dapat dipegang/dilihat tanpa melalui sesuatu alat seperti komputer, telefon pintar, dan sebagainya atau dengan kata lain, salinan maya. Sumber: http://www.differencebtw.com/difference-between-hard-copy-and-soft-copy/ Perkataan "softcopy" ini, apabila diterjemahkan (berdasarkan carian di PRPM), maksudnya ialah salinan lembut. Perkataan ini tidak mempunyai apa-apa makna malah sangat menyusahkan pengguna untuk mengingati dan menggunakan perkataan ini di dunia sebenar terutamanya mereka yang bekerja di bahagian Teknologi Maklumat atau Pendidikan kerana pengguna tidak dapat menggambarkan/membayangkan langsung apakah maksud salinan lembut itu. Oleh itu, saya ingin sarankan agar istilah "salinan lembut" ini digantikan dengan "salinan maya". Mohon jasa baik, JANGAN la teruskan dengan perkataan "salinan lembut" kerana memang tidak boleh digunakan pun di dunia sebenar. Tiada sesiapa yang sekali baca je boleh agak/tangkap makna sebenar perkataan tu. Di dunia sebenar, terutamanya apabila memberi arahan, ayat yang digunakan sebaiknya sependek/seringkas mungkin dan mestilah mudah difahami oleh orang ramai. Istilah "salinan digital" pun jauh lebih mudah untuk difahami berbanding "salinan lembut" yang bunyinya macam tak berkaitan langsung dengan bidang Teknologi Maklumat. Sekian, terima kasih.
Contoh Penggunaan : Pensyarah tersebut meminta mereka menghantar tugasan mereka dalam bentuk salinan bercetak dan salinan maya/digital. Salinan bercetak perlu diserahkan terus kepadanya semasa perjumpaan seterusnya manakala salinan maya/digital pula perlu dihantar ke alamat e-mel pensyarah@sekolah.edu.my sebelum hari Jumaat ini.
Asal : Salinan lembut
Sumber Rujukan : differencebtw.com dan prpm.dbp.gov.my
Gambar :
Sumbangan : halsi88
Tarikh : 15-03-2017 13:58:33

PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0  Komen



DUNIA KATA - KATA HARI INI
"menghendap"

merendahkan diri (membong­kok dsb) atau menyembunyikan diri (me­nyorok) supaya tidak kelihatan (dgn maksud hendak mengintai, menangkap, dsb): mereka berjalan ~ melalui pinggir hutan itu; ~ di balik lalang sehelai prb menyem­bunyikan (merahsiakan) sesuatu, tetapi tidak ada gunanya kerana mudah diketahui orang; Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.