DUNIA KATA - BUAL KATA

Kata : salinan bercetak
Makna : Salinan bercetak = "hardcopy". "Hardcopy" merujuk kepada salinan/maklumat bercetak. "Softcopy" pula merujuk kepada salinan/maklumat yang tidak dapat dipegang/dilihat tanpa melalui sesuatu alat seperti komputer, telefon pintar, dan sebagainya atau dengan kata lain, salinan maya. Sumber: http://www.differencebtw.com/difference-between-hard-copy-and-soft-copy/ Perkataan "hardcopy" ini, apabila diterjemahkan (berdasarkan carian di PRPM), maksudnya ialah "salinan keras". Perkataan ini sukar untuk dibayangkan maksudnya dan bagi yang bertuah, bayangan yang dijumpai membawa makna yang mengelirukan kerana apa yang tergambar bukan sahaja salinan maklumat dalam bentuk bercetak, tetapi juga salinan maklumat dalam CD/DVD, salinan maklumat dalam "pendrive" dan sebagainya. Padahal "hardcopy" hanya merujuk kepada salinan bercetak sahaja. Oleh itu, bukankah lebih baik jika "hardcopy" diterjemahkan terus kepada salinan bercetak"? Di dunia sebenar, terutamanya apabila memberi arahan, ayat yang digunakan sebaiknya sependek/seringkas mungkin dan mestilah mudah difahami oleh orang ramai. Sebab itulah, istilah "salinan bercetak" lebih mudah untuk digunakan di dunia sebenar berbanding "salinan keras". Oleh itu, mohon jasa baik PRPM untuk pertimbangkan permohonan ini. Sekian, terima kasih.
Contoh Penggunaan : Pensyarah tersebut meminta mereka menghantar tugasan mereka dalam bentuk salinan bercetak dan salinan maya. Salinan bercetak perlu diserahkan terus kepadanya semasa perjumpaan seterusnya manakala salinan maya pula perlu dihantar ke alamat e-mel pensyarah@sekolah.edu.my sebelum hari Jumaat ini.
Asal : Salinan keras
Sumber Rujukan : differencebtw.com dan prpm.dbp.gov.my
Gambar :
Sumbangan : halsi88
Tarikh : 15-03-2017 14:55:30

PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0  Komen



DUNIA KATA - KATA HARI INI
"buah gumai"

sj tumbuhan (pokok), balam cubadak, gamai, nyatuh (bunga tanjung), taban bunga, Lucuma (Sideroxylon) maingayi. Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.