DUNIA KATA - BUAL KATA

Kata : kebertamadunan
Makna : sifat, hal atau keadaan bertamadun; perihal bertamadun; sifat, hal atau keadaan berperadaban atau berkebudayaan; perihal berperadaban atau berkebudayaan; dsbnya.
Contoh Penggunaan : Hancurnya keaslian bahasa Melayu salah satunya adalah disebabkan oleh pakar-pakar penginggeris bahasa. Majunya sesuatu bangsa adalah disebabkan oleh ilmu yg ada dlm jiwa warganegaranya dan ilmu itu cukup luas termasuklah ilmu bahasa. Peminjaman istilah berlaku jika kita kekurangan modal utk berfikir dan mencipta sesuatu istilah yg baru kerana itulah peminjaman istilah daripada bahasa Inggeris secara melampau-lampau boleh dikatakan penyebab utama bahasa Melayu hilang jati diri dan kebitarannya malah bahasa kita bertambah miskin. Semakin banyak pinjaman sesuatu bahasa maka semakin kurang mutunya. Kenapa kita harus meminjam istilah Inggeris sedangkan istilah sedia ada dlm bahasa kita sudah cukup utk memperkatakan sesuatu keadaan dgn jelas sekali. Sebenarnya kita kurang berfikir utk membina bahasa kita dgn cara dan pemikiran yg wajar dan berdaya cipta. Peminjaman drpd bahasa Inggeris secara keterlaluan bukan tindakan yg tepat dlm pembinaan bahasa. Tambahan lagi, bahasa dan loghatlah yg membuatkan kita boleh mengenal asal-usul dan warganegara seseorang, dari mana ia datang, malah jati diri kita juga dapat dikenal pasti dgn lebih jelas serta menampakkan kebijakan pemikir-pemikir dan ahli-ahli bahasa kita. Sebelum ini bahasa kita kaya dgn perbendaharaan kata dan istilah-istilah yg bitara (unik) tapi sayang, ianya diabaikan, diketepikan, digadaikan dan digantikan dengan istilah-istilah Inggeris, kononnya memutakhirkan (memodenkan) bahasa Melayu. Padahal, tindakan mereka seolah-olah memiskinkan bahasa selain tidak memberi peluang kpd bahasa kebangsaan utk berdiri megah dengan istilah-istilahnya sendiri tanpa peminjaman melampau-lampau drpd bahasa Inggeris. Maka kini, terserlahlah kemiskinan bahasa kebangsaan kita dan memperlihatkan terlalu keinggerisannya pemikiran ahli bahasa kita dengan adanya peminjaman secara keterlaluan drpd bahasa Inggeris. Bahasa kebangsaan kita sebenarnya tidak miskin, tapi sebaliknya kita yg memiskinkannya dan kita juga kurang membina istilah-istilah asli daripada bahasa kita sendiri. Beginilah akibatnya jika semua pemikir-pemikir dan ahli-ahli bahasa serta cerdik pandai berfikiran keinggerisan dan berkiblatkan Inggeris dlm pembinaan bahasa sehingga semua istilah-istilah bahasa kebangsaan diinggeriskannya. Sikap mereka semata-mata memusnahkan keaslian bahasa disamping mengenepikan istilah-istilah asli yg sepatutnya digunakan dlm bahasa kita. Malah, pengehadan dan pembatasan dlm pemberian makna juga memiskinkan lagi istilah-istilah sedia ada dalam bahasa kebangsaan kita. Yang peliknya, hal ini tidak berlaku dlm bahasa Indonesia, walhal bahasa Indonesia itu juga berakar umbi drpd bahasa Melayu, yakni bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Sebagai contoh, istilah "semasa" sebenarnya memberi banyak maksud. Dalam bahasa kebangsaan kita telah dibataskan maksudnya, iaitu istilah "semasa" hanya boleh dipadankan dgn kata "current" sahaja tapi dlm bahasa Indonesia boleh dipadankan dgn banyak padanan kata dlm bahasa Inggeris seperti "during", "current", dan "contemporary". Oleh kerana itulah, bahasa Indonesia diakui sebagai bahasa yg hidup dan diterima sebagai salah satu bahasa utama dlm atur cara (program) komputer dan Antarajaring (Internet) berbanding dgn bahasa Melayu. Jadi, kita seharusnya sedar bahawa keaslian bahasa sangat penting yg menentukan kebitaraan (keunikan) dan nilai sesuatu bahasa, selain itu bahasa kita sebenarnya kaya dgn kosa kata yg boleh dipilih utk diberikan makna baru serta dgn kata yg sedia ada juga sebenarnya dapat menghasilkan istilah-istilah baru drpd kosa-kosa asli bahasa Melayu tanpa pinjaman Inggeris yg melampau-lampau. Disamping itu, pemupusan penggunaan tulisan Jawi dlm persuratan bahasa Melayu secara meluas dan pengabaian dlm penyesuaian tulisan Rencong, menambahkan lagi ketenatan dan kenazakan bahasa kebangsaan kita kerana tulisan-tulisan itulah yg melambangkan bertamadunnya atau kebertamadunannya bahasa dan bangsa Malaysia seluruhnya. Sudah kita maklumi, bertamadunnya sesuatu bangsa adalah disebabkan wujudnya atau adanya tulisan ciptaan bangsanya sendiri. Selain itu juga, sudah kita maklumi, tulisan Jawi merupakan tulisan pinjaman yg disesuaikan dgn lidah Melayu yg dipinjam drpd bangsa Arab utk menulis, menyebar dan mengungkap ilmu Islam serta berbagai-bagai lagi ilmu yg dikaji oleh bangsa Arab seperti ilmu hisab (matematik), ilmu bintang (perbintangan), ilmu perubatan dan sebagainya. Malah, dgn tulisan Jawi juga bangsa Malaysia dapat mengungkap berbagai-bagai ilmu baharu yg diterokai oleh bangsa Malaysia sendiri dlm pelbagai kitab-kitab agama khususnya. Selain itu, tulisan Rencong pula merupakan tulisan asli bangsa Melayu khasnya, dan bangsa Malaysia serta nusantara umumnya. Selain itu, tulisan Rencong dapat mengungkapkan kepandaian dan kebertamadunannya bangsa Malaysia dan Nusantara (Malaysia, Indonesia, Brunei, Selatan Thai, dan Singapura).
Asal : bertamadun (berperadaban; berkebudayaan; mempunyai tamadun; mempunyai kemajuan; berkemajuan; sudah maju dlm cara hidup; dll.) + apitan/kapitan "ke-...-an".
Sumber Rujukan : Gagasan, Ilham dan Suara Pencinta serta Pejuang Bahasa Melayu; Gagasan dan Suara Mahasiswa; Kamus DBP dan KBBI; Bahasa Indonesia; Kamus Inggeris; Antarajaring; dll
Gambar :
Sumbangan : mohamad yusoff
Tarikh : 17-09-2017 09:16:05

PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0  Komen



DUNIA KATA - KATA HARI INI
"penangkap ikan"

nelayan; Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.