DUNIA KATA - BUAL KATA

Kata : warang
Makna : pengguna Antarajaring (Internet) atau Antararangkaian (Internet), lazimnya yg terbiasa atau yg terlalu gemar; warga rangkaian; warga jaringan; warganet; warga internet; wargamaya; warga maya; orang yang giat (aktif) menggunakan Antarajaringan (internet); orang yg mencapai (mengakses) dan menggunakan Antararangkaian (Internet). [Terjemahan dan padanan kata "warang" dlm bahasa Inggeris ialah: netizen; a citizen who uses the Internet; an Internet user who is trying to contribute to the Internet's use and growth; a user of the Internet, especially a habitual or avid one; cybercitizen; etc.]
Contoh Penggunaan : Semenjak kebelakangan ini, perkataan "warang" kerap digunakan oleh gerbang-gerbang (portal-portal) berita atas talian mahupun "blog". Kata ini menjadi sohor kini (trending) sedari sebaran jelata (media sosial) menguasai (mendominasi) arah aliran (trend) pembacaan zaman kini.
Asal : wa- (singkatan drpd warga) + rang- (singkatan drpd rangkaian) = akronim (kata singkat)
Sumber Rujukan : Gagasan, Ilham dan Suara Pencinta serta Pejuang Bahasa Melayu; Gagasan dan Suara Mahasiswa; Kamus DBP dan KBBI; ilham drpd bahasa Indonesia; Kamus Inggeris
Gambar :
Sumbangan : mohamad yusoff
Tarikh : 7 hari yang lalu

PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
2  Komen
mohamad yusoff: Ya, kerana padanan kata yg saya ketengahkan bertepatan dgn maksud asal kata "netizen". Utk pengetahuan saudari, kata "netizen" berasal daripada kata "net" yg bermaksud "rangkaian", "jaringan", "internet" atau "antarajaring" dan "citizen" bermaksud "warga" atau "warganegara".
4 hari yang lalu
najwagtz: Adakah ini bermaksud warang adalah gantian kepada netizen?
7 hari yang lalu



DUNIA KATA - KATA HARI INI
"kemuraman"

perihal (keadaan dsb) muram, kesuraman: Rahman memandang wajah isteri-nya yg masih cuba menyembunyikan ~nya. Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.