DUNIA KATA - BUAL KATA

Kata : mandi hutan
Makna : proses atau aktiviti terapeutik menggunakan kelima-lima deria yang ada dengan memasuki hutan atau kawasan persekitaran semula jadi yang mempunyai suasana belantara, untuk menenangkan minda atau mengurangkan tekanan. Aktiviti ini asalnya popular dalam kalangan masyarakat Jepun (diistilahkan sebagai shinrin-yoku)
Contoh Penggunaan : Kajian literatur di Jepun menunjukkan bahawa mandi hutan dapat menurunkan tekanan darah, kadar denyutan jantung, paras cortisol dan aktiviti saraf simpatikal berbanding dengan berjalan kaki di bandar, sambil mengurangkan tekanan dan kemurungan.
Asal : frasa Inggeris forest bathing
Sumber Rujukan : 1)https://ms.travel-dd.com/. 2) laman pembelian dalam talian www.ubuy.com.my . 3) https://ms.nature-via.com/the-wonderful-benefits-of-the-forest-bath-shinrin-yoku-
Gambar :
Sumbangan : 002271
Tarikh : 06-08-2020 16:40:34

PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0  Komen



DUNIA KATA - KATA HARI INI
"suguh"

Jw; menyuguhi 1. memberi makanan kpd (tetamu), menjamu, memperjamu: ia disilakan singgah ke dlm toko dan disuguhi minuman yg mahal dan lazat; 2. ki me­ngemukakan (sesuatu) kpd, menonjolkan (sesuatu) kpd; menyuguhkan 1. menyediakan (menghi­dangkan, menyajikan) makanan: sementara pembicaraan itu berlangsung, seorang perajurit Jepun berengsot ~ air te.... Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.