KATA | MAKNA | AYAT | SUMBER |
abugida
|
sistem tulisan bersegmen-segmen atau bersuku kata yg didasarkan pd jujukan konsonan dan vokal yg dianggap sbg satu unit, mis dlm tulisan Kawi, Pallava dan Rencong
|
| Kamus DBP versi dalam Talian |
air cor
|
Terengganu air kotor di pelimbahan yang biasanya terdapat di belakang dapur rumah
|
| Kamus DBP versi dalam Talian |
analitik
|
1 (berkenaan dengan penyelidikan, pendekatan dan sebagainya) bersifat analisis 2 mampu atau berkebolehan untuk menganalisis sesuatu
|
1 Media mengambil pendekatan yang lebih kritis dan analitik dalam laporannya mengenai parlimen. 2 Dia mempunyai pemikiran yang analitik.
| Kamus DBP versi dalam Talian |
analitikal
|
1 analitik 2 analisis
|
| Kamus DBP versi dalam Talian |
bancan
|
makanan sampingan yang dihidangkan bersama-sama sajian utama semasa makan tengah hari dan makan malam
|
| Kamus DBP versi dalam Talian |
banduan akhir
|
banduan yg sedang menunggu hukuman mati yg akan dijalaninya setelah rayuan akhir ditolak
|
| Kamus DBP versi dalam Talian |
barakah
|
(berkenaan dengan rezeki, ilmu, amalan dan sebagainya) mendapat reda daripada Allah
|
Rezeki yang diperoleh biarlah barakah.
| Kamus DBP versi dalam Talian |
beliawan
|
pemuda dalam lingkungan umur lapan belas hingga empat puluh tahun
|
Festival ini membuka peluang kepada beliawan mempamerkan bakatnya.
| Kamus DBP versi dalam Talian |
beliawanis
|
pemudi dalam lingkungan umur lapan belas hingga empat puluh tahun
|
Sebahagian besar penduduk negara ini terdiri daripada beliawan dan beliawanis.
| Kamus DBP versi dalam Talian |
bengong (béngong)
|
bahasa percakapan bingung
|
Saya ingat saya seorang saja yang bengong.
| Kamus DBP versi dalam Talian |
berwalak
|
taat kepada Allah, pemimpin negara dan sebagainya
|
| Kamus DBP versi dalam Talian |
bidadara
|
bidadari lelaki
|
| Kamus DBP versi dalam Talian |
biji cia
|
biji berwarna hitam, yang seakan-akan biji selasih, daripada tumbuhan Salvia Hispanica dan biasanya dimakan untuk tujuan kesihatan
|
| Kamus DBP versi dalam Talian |
bingsu
|
pencuci mulut yang berasal dari Korea, dibuat daripada campuran air batu yang disagat, susu sejat, sirap, potongan buah-buahan dan sebagainya
|
| Kamus DBP versi dalam Talian |
bongak
|
(berkenaan percakapan) tidak benar
|
| Kamus DBP versi dalam Talian |
capap
|
slanga 1 publisiti atau tumpuan yang cuba diraih dengan melakukan sesuatu slanga 2 lihat mencapap
|
1 Ahli jawatankuasa kebanyakannya pemalu, tidak suka mencari capap.
--
| Kamus DBP versi dalam Talian |
caras
|
lihat mencaras
|
| Kamus DBP versi dalam Talian |
caras-mencaras
|
1 saling mencaras 2 perbuatan mencaras
|
1 Saya sudah bosan dengan budaya kerja orang industri kita yg sentiasa caras-mencaras antara satu sama lain. 2 Caras-mencaras sudah menjadi satu tabiat yang semakin menular dalam kalangan masyarakat kita sekarang.
| Kamus DBP versi dalam Talian |
celik alam sekitar
|
(berkenaan dengan seseorang) mempunyai pengetahuan dan kesedaran tentang penjagaan dan perlindungan alam sekitar
|
Pendidikan alam sekitar wajar diterapkan di peringkat sekolah bagi melahirkan warga yang celik alam sekitar.
| Kamus DBP versi dalam Talian |
cor
|
air cor
|
| Kamus DBP versi dalam Talian |
|