DUNIA KATA - BUAL KATA

Kata : kejuruukuran
Makna : Kejuruukuran adalah bidang profesional dan pakar menjalankan penyelidikan atau pembangunan dlm mana-mana cabang kejuruukuran; ~ juruukur geomatik atau tanah adalah profesion terlatih dlm sains dan teknologi bagi menentukan, mengukur, mengurus, mempersembahkan dan menganalisis data spt tiga dimensi, geodesi, kadaster, penginderaan jauh, fotogrametri, ukur satelit, pemetaan utiliti, strata, stratum, kartografi, hidrografi, seismologi, astronomi, maklumat geografi dsb; ~juruukur bahan adalah profesion terlatih dlm menganggarkan, mengukur, menganalisis kos, kuantiti, kualiti dan jenis bahan, mengawal inventori, serta menilai keperluan buruh utk sesuatu kerja pembinaan dsb; ~juruukur bangunan adalah profesion terlatih dlm memantau, mengurus, menyelenggara, menilai dan mentafsir serta pemuliharaan aspek bangunan, teknik pembinaan dsb; ~juruukur penilaian dan pembangunan tanah adalah profesion yg mentafsir, menilai, merancang dan menganalisis harta tanah, aset, pelaburan serta pemasaran berkaitan tanah dsb.
Contoh Penggunaan : Tambahan pula, permintaan terhadap perkhidmatan profesional dan kemahiran yg terpilih seperti perkhidmatan kejuruukuran juga dijangka meningkat berikutan peningkatan dalam aktiviti pembinaan dan pelaburan hartanah.
Asal : juruukur
Sumber Rujukan : International Federation of Surveyors
Gambar :
Sumbangan : Joanes
Tarikh : 17-01-2025 00:03:54

PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0  Komen



DUNIA KATA - KATA HARI INI
"anak tekak"

anak lidah; Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.