DUNIA KATA - BUAL KATA

Kata : pengkomersilan
Makna : TERGUR BAHASA – PENGKOMERSILAN VS PENGKOMERSIALAN Banyak pertanyaan mengenai pengkomersilan vs pengkomersialan di ruang nasihat DBP yang mana di dasarkan dari perkataan bahasa inggeris (commercial). Sepertimana kita maklum, terdapat penggunaan perkataan SIAL yang membawa maksud yang buruk di dalam kata pengkomersialan menyebabkan kami di universiti-universiti tempatan di dalam bidang inovasi dan pengkomersilan menggunakan perkataan PENGKOMERSILAN sebagai nama khas. Fungsi kami adalah menjual(melesenkan) teknologi kepada pihak industri dan penggunaan perkataan PENGKOMERSIALAN memberi kesan yang kurang baik dari segi emosi menyebabkan penggunaan bahasa inggeris COMMERCIAL adalah lebih banyak digunakan di dalam pertuturan seharian. Perkataan SIAL itu sendiri secara tidak langsung memberi pengaruh negatif pada perniagaan walaupun bangsa Melayu tidak sekuat seperti amalan kepercayaan bangsa lain. Tetapi amalan kesopanan dan kesantunan di dalam Bahasa Melayu seharusnya menolak tutur kata yang tidak/kurang elok digunakan di dalam kehidupan seharian walaupun memberi maksud yang berbeza. Tujuh universiti tempatan menggunapakai PENGKOMERSILAN sebagai kata nama khas jabatan masing-masing iaitu UM, USM, UTM,UMS,UNIMAS,UUM, UTEM, dan hanya Unimap menggunakan PENGKOMERSIALAN manakala universiti yang lain sama ada menggunakan bahasa inggeris atau tidak menggunakan perkataan PENGKOMERSILAN langsung. Sehubungan dengan itu, bagi mengelakkan persepsi negatif penggunaan kata PENGKOMERSIALAN, saya ingin mencadangkan supaya perkataan KOMERSIL dan PENGKOMERSILAN masih boleh di daftarkan dan digunapakai secara rasminya untuk bidang berkaitan inovasi dan pengkomersilan. Pertimbangan dan maklumbalas daripada pihak DBP amat dihargai bagi membantu hal ini selaras dengan hasrat DBP mengangkat bahasa sebagai cerminan budaya kita.
Contoh Penggunaan : Kata nama khas yang sering digunakan adalah Pusat Inovasi dan Pengkomersilan Universiti perlu meningkatkan lagi usaha bagi mengkomersilkan teknologi kepada pihak industri bagi meerancakkan lagi kemajuan dan produktiviti negara.
Asal : commercial (Bahasa Inggeris)
Sumber Rujukan : pusat inovasi dan pengkomersilan universiti di Malaysia
Gambar :
Sumbangan : asrizam
Tarikh : 30-09-2020 15:14:13

PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0  Komen



DUNIA KATA - KATA HARI INI
"ombak bersabung"

ombak berlang-garan Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.