
Kata |
: |
bangsa I |
Makna |
: |
1. jenis manusia drpd satu asal keturunan: ~ Melayu; ilmu ~ pengetahuan mengenai cara kehidupan (adat resam dll) sesuatu bangsa; 2. kumpulan manusia dlm satu ikatan ketatanegaraan: ~ Malaysia; 3. macam, jenis: setelah selesai persiapan, diadakanlah permainan tujuh ~; 4. jantina, jenis kelamin; 5. darjat tinggi, keturunan mulia: bahasa menunjukkan ~; rosak ~ kerana laku;sebangsa 1. serupa bangsa, satu bangsa: ~ dan setanah air; 2. semacam, sejenis: ayam ialah ~ unggas;berbangsa 1. termasuk dlm bangsa: jurutaip itu ~ Cina; 2. drpd keturunan orang baik-baik (bangsawan dll): orang berasal lagi ~; 3. Mn berkerabat: saya ~ dgn isterinya;membangsakan ark menganggap sbg bangsa (kerabat dll);kebangsaan 1. yg berkaitan dgn negara secara keseluruhan, nasional: semangat ~; 2. dipilih utk melambangkan keperibadian sesebuah negara spt bahasa, pakaian, dsb: pakaian ~; bunga ~; bahasa ~; 3. yg dicipta khas utk dinyanyikan sbg menyatakan taat setia kpd negara: lagu ~;berkebangsaan mempunyai kebangsaan, mempunyai sifat-sifat kebangsaan: dr mulanya filem Melayu tidak mempunyai dasar ~ yg tulen. |
Sumber |
: |
Kamus Dewan Edisi Keempat |
|
|
|
PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
|
|
CADANGAN MAKNA
|
|
DUNIA KATA - KATA HARI INI |
"kena pd tempatnya" |
berpadanan, sesuai benar, tepat sekali; Selanjutnya |
|
|
|