
Kata |
: |
brek |
Makna |
: |
alat utk menghentikan gerakan atau mengurangkan kelajuan kenderaan (kereta, basikal, dll): apabila ia menekan ~, keretanya berhenti; ~ angin brek yg menggunakan udara mampat, terutamanya pd kenderaan berat spt lori dan bas; ~ gelendong sistem brek kenderaan yg kepingan logam melengkungnya menekan permukaan dalam gelendong logam yg berputar apabila membrek; ~ hidraulik sistem brek kenderaan bermotor yg menggunakan tekanan hidraulik; ~ kaki brek yg ditekan dgn kaki utk memberhentikan atau memperlahankan kenderaan (kereta, motosikal dsb); ~ piring = ~ cakera sistem brek kereta dsb yg menggunakan geseran sepasang pad yg ditekan pd cakera brek yg berputar pd hab roda; ~ tangan a) brek kenderaan (spt kereta, lori dsb) yg dikendalikan dgn tangan, digunakan apabila kenderaan tidak bergerak; b) brek pd hendal motosikal (basikal dsb) yg dikendalikan dgn tangan; membrek menekan (menarik) brek: drebar ~, dan lori itu terhenti di tepi jalan; membrekkan menghentikan gerakan atau mengurangkan kelajuan dgn menekan (menarik) brek: ia ~ keretanya tidak berapa jauh dr simpang empat. |
Sumber |
: |
Kamus Dewan Edisi Keempat |
|
|
|
PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
|
|
CADANGAN MAKNA
|
|
DUNIA KATA - KATA HARI INI |
"kena pd tempatnya" |
berpadanan, sesuai benar, tepat sekali; Selanjutnya |
|
|
|