Kata : keluarga
Makna : 1. = kaum ~ saudara-mara, kaum kerabat, sanak saudara: ia sekarang telah berjauhan dr kaum ~nya; ~ diraja sanak saudara raja yg memerintah; ~ sedarah sekalian orang yg mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain (sama nenek moyang mereka); ~ semenda sekalian orang yg bertalian (menjadi sanak saudara) kerana perkahwinan; 2. seisi rumah tangga (yg terdiri drpd suami dan isteri atau berserta anak-anak), kelamin, famili: ada beberapa ~ sahaja dlm kampung itu yg hidup mewah; ia berasal drpd ~ yg kaya; kepala ~ orang yg menjadi kepala (ketua) isi rumah tangga; 3. saudara; ~ angkat saudara angkat; 4. kelas hidup­hidupan, famili: ~ merpati; ~ reptilia; berkeluarga 1. mempunyai keluarga (famili, sanak saudara), bersaudara-mara, berkerabat, bersanak saudara: rumah itu tempat penginapan segala dagang yg gharib yg tiada ~; 2. berumah tangga dan hidup berkeluarga, berkelamin, beranak bini, berfamili: tak akan kau membujang selama-lamanya, suatu masa nanti akan ~ juga; kekeluargaan yg berkaitan dgn keluarga atau hubungan sbg anggota di dlm sesuatu keluarga (berasaskan perhubungan keturunan atau disebabkan perkahwinan): itu urusan dan masalah ~ semata-mata; hubungan ~ hu­bungan atau pertalian antara seorang dgn seorang yg lain sbg anggota sesuatu keluarga (famili, kaum kerabat, dsb); perkeluargaan persaudaraan, perhubungan (pertalian, yg bersangkutan dgn) keluarga.
Sumber : Kamus Dewan Edisi Keempat
PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


CADANGAN MAKNA
Makna :
Contoh Penggunaan : *
Asal kata :
Sumber Rujukan : *
       
* Medan wajib diisi
0  Cadangan




DUNIA KATA - KATA HARI INI
"melalak"

terbakar, menyala; Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.